Thanks :)

Thursday, November 14, 2013

What is life

Assalamualaikum

Kalau tak silap, hari ni result untuk UPSR keluar. So, Terengganu dapat the highest achievement untuk UPSR? Well congrats.

Teringat pula time mar UPSR dulu dapat 4A je. Sains dapat B. Seperti yang kita semua tahu, kita hanya mampu merancang, berusaha dan Allah yang menentukan. Setiap yang ditentukan oleh Allah ada hikmahnya. Jadi, kepada student yang dapat 5A, tahniah. Manakala, student yang tak berjaya, its okay, Allah ada alasan untuk result adik masing-masing.

Dulu mar target dapat 5A untuk UPSR tapi Allah Maha Mengetahui, dan mar dapat 4A je. Sekolah menengah kat SMK Khir Johari until PMR. Untuk PMR, mar target 6A sebab sejarah dan KH memang spoil habis. Dan mar dapat 7A, Alhamdulillah. Rezeki, mar dapat offer ke MRSM Pasir Salak. Untuk SPM mar dapat 9A, Alhamdulillah. Now, Im studying in foundation of medicine. Mar berdoa supaya medic adalah bidang yang terbaik untuk mar. Even though parents yang nak sangat mar jadi doktor, dan bukannya mar sendiri yang rela, mar ikut jelah. Parents lagi tahu daripada kita. Kalau korang gaduh dengan parents, cuba korang renungkan balik. Layak ke korang nak gaduh ngan depa? Hamboih kedah. Apa apa yang tak melanggar agama, selagi mampu, ikut jela apa parents nak. Because once your parents are both gone, u'll regret because u're not doing the things that they like.

Bila renung balik, semua "kisah hidup" memang nak mengajar diri kita sesuatu. By 5 years I studied for PMR and SPM, mar ni macam klon syaitan. Allah pesan, tak baik buka aib so I dont have to tell you everything lah because if I did, I will be seen like Im very proud of my sins. Bila kita banyak buat dosa, dan bila Allah pilih kita untuk diberi hidayah, kita pasti berubah sebab masa tu kita pasti akan sedar kesalahan kita. Im wondering "why". Dengan dosa yang melimpah ruah, rezeki yang mar dapat tu macam terlalu banyak. 7A PMR, 9A SPM, semuanya ada hikmah.

Allah tak akan uji hambaNya dengan sesuatu yang hambaNya tak mampu.

The truth is, mar sangat takut sekarang ni. Im having some kind of mysterious illness. HAHA. Buat masa sekarang tak tahu lagi tahap misteri tu macam mana, kena tunggu medical check up dulu. Final exam semester 1 pun dah nak dekat. Tolong doakan mar tak kena sakit jantung time jawab exam :)

Friday, November 8, 2013

Sleepy Monster & The Ugly Truth

Assalamualaikum

Wahh dah lama gila tak update blog ni. Fuhh banyak sawang hmm. So, two weeks left before semester 1 final exam. Kalau boleh tak nak ambil exam sebab Im too damn afraid of my result. Alhamdulillah sampai sekarang masih lagi bernyawa kat Kolej Mara Kuala Nerang. By the way hari ni cuti dan hari ni juga giliran student perempuan outing. Dan mar tak outing. Kerja mar hari ni adalah :
1. Dengar mp3
2. Extra class math
3. Tidur
4. Twitter
5. Tidur
6. Blogging

Dahsyat gila jadual hari ni, penuh dengan tidur tidur dan mengantuk. Well, setiap yang terjadi ada alasannya cewah. Bayangkan malam tadi mar tak tidur langsung!!! TAK TIDUR LANGSUNG.. Itu yang jadi mengantuk for the whole day. Mar pun tak tau kenapa mar tak boleh nak tidur. Selama 18 tahun mar hidup, "tak tidur untuk satu hari" dah jadi 2 kali. Haa nampak tak ketelitiannya kat situ.

Wish me and my friends dapat flying colours untuk semester 1 ni :D

Now, nak story pasal The Ugly Truth. Em mungkin boleh tukar jadi The Cutest Truth? Hahaha

Kisah ni terjadi on 6 November 2013.

Nadia, who is my roommate asked:
"Mar ada pelat S or X ke?"

and I was so damn shocked. Tak pernah ada pun orang tanya mar macam ni! For 18 years Ive been living on this Earth, it was the first time Im being asked like that!!!!!!! Gosh

So how do I react? I denied hahaha. Tapi, semalam! My other roommate, Adilah. I asked her wether I pelat atau tak. You know what she said???

Adilah : "Dila ingatkan selama ni mar tahu mar pelat S, sebab tu Dila tak tegur/cakap apa apa"

LOL..
The conclusion is, Marleyna pelat S. Apa yang menyedihkan lagi, bila mar dah tahu mar pelat S, mar rasa pelat ni makin menjadi jadi. Eiii nak kena betul lidah ni.

One year in Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh, 5 years in Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam, 3 years in SMK Khir Johari, 2 years in MRSM Pasir Salak, 3 months PLKN Padang Kacong, almost 5 months in UiTM Puncak Alam,  : nobody ever said this. But, for just only almost 4 months Im in KMKN, I finally knew.

THE END

Monday, September 16, 2013

Apa nak jadi

Assalamualaikum

Apa nak jadi?

Nak tahu something? Kat KMKN lah mar tengok The Conjuring & Sinister. Dua dua tu seram. Mar sarankan takyah tengok haha. So after dh tengok pelbagai jenis benda pelik dalam movie tu, mar tak tahu kenapa, sifat berani tu macam kena kikis~ Conclusionnya ialah: Mar penakut. Masalahnya, tahap takut mar ni macam dah kritikal. Ya Allah.. Selama ni kat rumah mar tidur dalam bilik sorang sorang, rasa macam heaven gila "bilik ni aku yang punya", tapi sekarang? Mar tengah cuti seminggu kat rumah. So 1st day tidur sorang sorang dalam bilik, berani sikit, 2nd day pun okay la. 3rd day? Mar tidur ngan adik HAHA. Nampak tak kedahsyatannya kat situ?

Dalam bilik adik ada dua katil kosong, abang punya. Mar tumpang tidur kat katil tu lah. Esok abang nak balik TgMalim, macam mana ni???!!! Rasa macam better stay KMKN pula~ Tapi, seriously ni lah 1st time dalam hidup Marleyna jadi macam ni. Lagi lagi sekarang bila dah balik rumah, memang layan korea jelah. Mar tengok The Master's Sun. Drama tu pasal hantu. Mar takut, tapi mar tengok juga sebab cerita tu lawak. Hero dia handsome.... Mar tak ingat nama! Yang berlakon dalam Memories of Bali, hero yang miskin (itu pun kalau korang tahu). Handsome..... Tapi, taste orang lain lain.

Okaih, macam mana ni? Malam ni mar selamat sebab dpt tidur sebilik ngan adik. Esok? Entah laaaaaa

P/s: Kalau ada suami memang tiap tiap hari tidur berteman so tak perlu risau apa apa HAHA

MaleyHalim

Thursday, September 5, 2013

Room alone!

Assalamualaikum

Kalau nak tahu, sekarang mar study kat Kolej Mara Kuala Nerang, Kedah. Baru 2 minggu lebih kot, tak sure. Yang penting sekali minggu depan ada test, yang kedua penting sekarang ni mar dalam bilik sorang-sorang sebab roommate; Nadia & Adila balik rumah. Nak balik juga tapi, tak mungkin. Mar memang dah biasa tidur sorang-sorang, since umur 7 tahun. Tapi, malam ni rasa macam takut sikit HAHA. Rasa macam tak nak tutup lampu, mungkin sebab dah biasa tidur bertiga dalam bilik ni. Kalau kat rumah lain, selesa je sesorang.

Nak tahu lagi? Mar demam, selsema & batuk. Kelmarin, mar sakit tekak. So dah predict bila bangun tidur tak ada suara tapi prediction tak tepat, suara masih ada tapi sounded macho sikit haha. Hmm sebenarnya mar tiba-tiba nak update post ni sebab teringat kat someone. Mar pun tak tahu, besar sangat ke salah mar kat dia? Entah lah. Dia tu pun ada orang suka. Mungkin dia tak sihat kot sebab mar ada terbaca comment; "dah sihat?" "Alhamdulillah". Dont underestimate me because maybe you might end up with her. Im not suprise.

Okay, tamat dah luahan hati. Sebenarnya kalau bab meluahkan perasaan ni, sampai bila-bila pun tak akan habis so memadai jelah.

Doakan mar cepat sembuh, even dah makan ubat tapi tak sembuh juga :)

Tuesday, August 13, 2013

Jauhnya perjalanan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah sampai sekarang masih lagi bernyawa #tetiba

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT mar dapat offer ke KMKN untuk second intake 18 ni, Ahad minggu depan. UiTM bagi cuti seminggu je, ada satu hari dalam seminggu tu mar ngan abang pergi kampus angkut semua barang. Tak sangka banyak gila, rasa macam rumah sewa sebab terlampau banyak barang. Semalam ayah hantar mar pergi Palam, nak jumpa kawan-kawan lah. First jumpa Wada and the geng kat bilik pelajar, okay Wada nangis. Sorry Wada.. Mar teman diorang pergi DKF7 untuk lecture biology, then terserempak la dengan banyak lagi Group F1. Time ni sebak la juga.

Then mar call Syarip, dia kata 10.30am dia baru habis lecture kat DKF2. Tapi mar tengok tak ada orang pun kat depan DK. Mar pun jalan turun tangga sampai FSK 1,5. Tetiba syarip call, rupa-rupanya dia baru keluar DK. Kami pun jumpa lah dekat level 1 FSK 1,5. Amboih detail betul dia cerita~ Dalam masa yg sama, mar text Nabila. Mula2 dia kata dia dekat BKA 11, before Syarip datang, mar dah naik lift level 7. Okay penat even tak naik tangga haha. Then Nabila cakap dia kat Cafe Psb dekat ngan tangga maut. Mar ngan Syarip pun jalan lah sampai depan cafe. Tade sesiapa pun, mana Nab nih -,-  Kitorang pun naik lift sampai level 5, keluar je, usha library usha meja kat luar, mana Nabila~ Then kitorang turun balik, call Nab, dia tak angkat, call lagi.. Ha! Ada pun depan mata. Tapi kenapa tadi kitorang usha depan cafe Nabila tade pun? Rupa-rupanya dia pegi toilet haha

Mula-mula janji ngan ayah balik pukul 3pm tapi setelah dihasut oleh Syarip, balik after makan malam. Kitorang sembang dahsyat gila kat cafe tu. 12.30pm, Nabila ngan Syarip ada lecture tapi mar ikut Syarip pergi lecture biology. Lecture tu habis 1.30pm, tapi Nabila punya class habis 5.30pm so mar ngan Syarip pergi surau FF2 tunggu nabila. Sementara tu kitorang tidur, solat & macam2 lagi #ishIsh. Dalam pukul 5pm, tetiba Nabila muncul. Eh, class bukan habis 5.30pm ke? Haha entahla~

Kitorang pun pergi bus stop, seperti biasa tunggu Rapid KL. Sampai cafe raff. What?? Makanan habis? Kedai blackout? Fuhh kitorang lapar gila. Masa ni Ecah pun ada join sekali. Tapi Ecah dah makan. Berkat usaha Nabila ngan Syarip, kitorang mampu makan dengan kenyangnya, Alhamdulillah. Ha, masa ni lagi dahsyat sembang. Sampai ke malam. Mak mar call, so mar agak2 dalam pukul 9pm baru balik. Nabila, Syarip & Ecah teman mar pergi R3 sebab ayah jemput kat sini. Orang kata R3 berhantu? Ayok.. Haa mak pun ikut sekali datang ngan ayah. Nabila lawak, takut sangat dengan maggi. Mar sampai rumah dalam 10.30pm sebab before tu singgah kedai mamak.

Even penat, tapi BEST :)

Lepas ni kat Kedah, dah tak ada Syarip, Nabila ngan Ecah. Hmm macam mana nak hidup. Dah la jauh 4jam dari rumah.

Kepada sesiapa yang banyak bagi nasihat or sokongan mar ucapkan terima kasih. Tak lupa juga kepada pihak yang tak habis-habis nak "ban" & menakutkan mar ambil medic, mar ucapkan terima kasih juga.

Selamat Hari Raya ;)

Sunday, July 28, 2013

Ramadhan 19th

Assalamualaikum,
Alhamdulillah sampai sekarang kita semua masih berpeluang nak merasakan Ramadhan. Dah tinggal puasa? Haa jangan tinggal, dosa.. Tapi kalau perempuan nak buat macam mana kan.

Mar dah lama tak update blog, bukan sebab malas tapi dalam otak ni ada banyak sangat cerita sampai tak tahu nak cerita yang mana satu KAHKAH. Kat sini, UiTM Puncak Alam or mostly orang panggil Palam, tiap-tiap hari ada bazar. Masa 1st Ramadhan : Woaah, after Asar around 5pm confirm dah ramai + sesak gila bazar tu. Ala biasa la tu, hari pertama puasa kan.. Lepas tu, sekarang ni mar dah buat observation (eceh bajet saintifik pula) dalam pukul 6pm+ baru ramai orang. Kalau dari bilik mar, memang boleh nampak bazar tu.

Buat masa sekarang, semua student asasi ada test 1. Physics & math were done, 4 more to go. Mar tak tahu lah kenapa makin tua jadi makin malas makin tak ambil kisah langsung. Haih apa nak jadi. Study sekejap, mengantuk macam tak tidur satu minggu. Apa nak jadi...

Semalam, 27/7/2013, mar dengan Nabila, kitorang memang dah bosan gila kat Palam ni. So around 4pm, we made up our mind to iftar somewhere outside. Macam biasa, Syarip wajib ada. Haha kitorang memang selalu bertiga. Kesian Syarip, dia nak study tapi dia ikut juga. Baik kan? Mar ngan Nabila ni macam penghasut gila haha. We went to Setia City Mall. Kitorang ada kupon Khao, jadi kami decide untuk berbuka kat situ. Malangnya Khao penuh, banyak reservation. Kitorang pun jalan and jalan. Then kami nampak Chatime & Hot n Roll. Kami discuss so the conclusion is, berbuka: air Chatime & pratha Hot n Roll. Kiranya kami berbuka makan jajan la haha. Then pergi solat kat surau. After tu? Kitorang pergi balik kat Khao.

Alhamdulillah masa kitorang sampai Khao for the 2nd time, dah banyak meja kosong so we waited outside to be seated. Then barulah kami bertiga ni berbuka dengan proper with rice & lauk-pauk. What's next? Kitorang jadi camwhore gila. Haha even makanan pun kitorang ambil gambar. Dahsyat~ after done at Khao, singgah kedai jam cuz something was wrong with Nabila's watch then mar pergi MPH beli task pad. Kat Is Mart Palam tak ada task pad kot, what the.. Maka berakhirlah kisah kat dalam Setia City Mall.

Ini kisah kat luar Setia City Mall pula haha. Kisah ni masa nak tunggu bas. Mar, Syarip ngan Nabila memang suka reka 1 senario then elaborate panjang gila sampai cerita tu macam tak ada ending langsung. Haha lawak, seriously. Then kami bertiga came up with a tagline "The Three Authors". Wanna know what this tagline is all about, visit Nabila's blog and you'll know what the rest is all about :)

Thanks for reading, Marleyna.

Sunday, July 7, 2013

Sunday

Assalamualaikum,

Wah dah lama gila tak update post! Busy? Tak juga, malas sebenarnya. Tetiba dua hari ni rasa macam kesian kat blog, dah lama tak update. Tu yang resulting in the typing of post sekarang.

How's study?
Bolehla. Kalau mak call, itu je yang mampu mar jawab. Nothing more. Subjek yang paling problem setakat ni? Mestila fizik. Dari dulu lagi.. But Im trying, harap2 suatu hari nanti fizik ni kacang je bagi mar. Bagi la soalan yang macam mana sekali pun confirm boleh jawab. Amin..

Palam ni banyak tangga. Tak lama lagi nak Ramadan. Tak sabar nak puasa, tarawih, makan kurma. Kurma? Mar bukannya tak suka tapi malas nak makan. Tatau kenapa~ oh! By the way sekarang mar dah start makan sayur. Tapi certain sayur je. Tak semuanya sedap..

Em kat Palam ni sepatutnya panggil rumah, tapi rumah sounds weird, so mar prefer panggil bilik. Bilik mar tu dah macam bilik sewa. Bawa barang dari rumah macam mar akan menetap 5-10 tahun haha. Nasib baik washing machine ada disediakan, even bukan 1 rumah 1 machine, bersyukur jela. Kalau tak memang nak angkut dari rumah tu haa. Tapi apa point nya mar cakap pasal mesin basuh ni? Mar tak pernah guna pun. Tengok pun tak (kat palam la, kalau kat luar takyah cakap).

Minggu ni mar ada kuiz Biology chapter  2: Cells. Urm rasa macam dah baca banyak. Tapi tak tau la segala info & input yang mar dapat tu disimpan kat longterm or shorterm memory site. Haha hiperbola betul.

Sampai sini je, phone dah nyawa-nyawa ikan :O

Happy Ramadan. May Allah bless all our good deeds & may we never commit any sins during the holy Ramadan :)