Thanks :)

Monday, April 1, 2013

Celoteh saya

Assalamualaikum,

Hari ni kawan mar ada yang pergi PLKN untuk siri yang ke dua. Bye bye semua. Janganlah risau sangat, enjoy je kat sana nanti. Oh btw hari ni 1 April, right? Mar ingat lagi masa form 3, suka sangat buat April Fool. Tapi rupa-rupanya tak baik kalau kita prank demi menyambut April Fool ni, for muslim lah. Other religion tu tak perlu cakap lah.

Dah nak dekat seminggu mar habiskan masa kat hospital sebab jaga mak cik. Kadang-kadang bosan, kadang-kadang enjoy je. Tengok houseman buat kerja. Kat sini kalau nak tengok houseman bolehlah, kalau doktor tu payah. Doktor busy dengan appoinment, surgery, macam macam lagilah. Tapi houseman pun tak apa lah, nanti confirm jadi doktor juga. Ramai houseman kat sini tak berapa nak mesra alam. Susah betul nak senyum, nurse apatah lagi. Haih macam tak ikhlas nak buat kerja. Tak pun sebab dorang anggap dorang doktor, gaji besar, kerja pun bila orang dengar 'saya doktor', komuniti pun rasa kagum. Pi lahhh. U're just a normal human being.

Tak kira jawatan or pangkat, kita semua sama di sisi Allah. Yang membezakan hanya iman... Lagi satu, contohnya orang A tak berapa hebat dalam exam & orang B ni ranking top 10 sokmo. Tak bermakna orang A tu tak pandai. Tak ada istilah 'tak sama level'. Iq kita, sebagai manusia normal, Allah jadikan sama. Kita je yang kena usaha supaya besar nanti iq kita bertambah. Dengan apa? Belajar lah. 'Dah belajar, pulun gila, tapi aku tak pandai juga', tak baik cakap macam tu. Setiap sesuatu ada hikmah. Mungkin Allah nak uji kita, manalah tau bila kita dah berjaya kita lupa Allah. Kita lupa nak doa, solat sunat, mungkin juga bila Allah dah kurniakan kejayaan kita jadi malas nak usaha. Kan kan? Setiap sesuatu ada hikmah tersendiri, jangan risau okay.

'Alah mar, cakap senang ah'. Memang tak dapat dinafikan, cakap je memang senang. Ohoi, dalam dunia ni tak ada apa pun yang senang. Percayalah.....! Haaa. Yang penting kita kena selalu ingat tuhan. For muslims, we have Allah. Allah sukakan hambaNya yang meminta. Minta kat Allah tak apa, jangan dok meminta-minta sedekah dengan manusia sudah. Mar pernah baca satu artikel, Allah tak suka hambaNya miskin@susah@apa apa yang berkaitan. Sebabnya bila kita hidup susah, kita lagi cenderung ke arah maksiat. Maksiat ni besar, bukan setakat zina, tapi macam macam.

Oh btw kadang-kadang kat Fb or Twitter orang post, 'A bukan segala-galanya'. A memang bukan segala-galanya namun A lah permulaan bagi segala-galanya (ayat ni bukan mar reka sendiri, I got this from a counselor). Seriously mar memang terasa sangat sangat dengan orang yang buat statement macam tu. Ye betul, maybe post macam tu buat diri rasa lega (kot). Tapi macam menghina orang yang dah berusaha bersungguh-sungguh, tido 3 4 pagi untuk revision semata-semata nak dapat banyak A. Sebab tu sebagai seorang manusia kita kena selalu bersyukur. Kita kena ingat, Allah aturkan semuanya perfect. Ada hikmah disebalik sesuatu. Kita ni manusia biasa, be open minded, fikirlah jauh jauh. Barulah Islam boleh maju. Orait?

P/s: sekadar peringatan untuk diri sendiri dan mungkin bermanfaat untuk orang lain juga

MaleyHalim

No comments:

Post a Comment