Thanks :)

Thursday, April 25, 2013

Pilihan

Assalamualaikum

Sekarang ni semua orang busy tanya pasal UPU, matriks & macam-macam yang ada kaitan dengan sambung belajar. Tadi mar cek matrik & Alhamdulillah mar dapat tawaran ke matrikulasi Perak. Dekat dengan rumah. Tapi tak tahu nak terima atau tak.

Kalau tak terima takut tak dapat offer daripada institusi mana-mana pula. Kan rugi, hancur masa depan~ Tadi mar cek Twitter then ada kawan yang tweet diorang dapat surat dari KPTM. Memandangkan mar duduk dengan mak cik so mar tak tahu apa-apa pasal surat tawaran yang mungkin ada sampai ke rumah. So mar call mak and mak cakap tak ada pun dapat surat dari KPTM. Em, mar pun tak tahu kenapa -.-

Mak cakap keputusan interview MARA akan dapat tahu 16 Mei, tapi tak confirm lah. Mana lah tahu kot kot tersalah info. So kalau 16 kira ok lah sebab matriks kena lapor diri 27 Mei. Kiranya mar ada masa nak pertimbangkan matrikulasi. Kalau tak dapat offer MARA, jawapannya adalah matriks. Tapi, tawaran melalui UPU pun kena tengok juga.

Yang penting sekarang ni adalah pilihan. Mana satu yang terbaik, jawapan solat istikarah haa :)

MaleyHalim

Tuesday, April 23, 2013

Study

Assalamualaikum

Seperti yang kita semua tahu sekarang ni UPU dah boleh cek untuk panggilan temuduga. So ada course yang tak perlu pergi temuduga dan ada juga yang wajib pergi temuduga. Tadi mar cek untuk UiTM & UM. Asasi UiTM still tak boleh nak cek, btw UM mar tak dapat~ Em lagi pun mar memang tak berapa mengharapkan UM. Bukannya senang nak dapat tawaran ke UM, semua orang tahu.

18 April, mar pergi untuk temuduga program ijazah MARA kat Kolej Poly-Tech Bangi. Pelik, memang bukan macam interview langsung. Semua orang perlu buat IQ test & soalan dalam bentuk objektif and there's one essay. Do I have any comment? Em soalan tak susah cuma mengelirukan, pening, dengan masa yang singkat so ada pressure kat situ, paling teruk? Tak faham perkataan english hahahahaha. Bahasa tinggi, serius bukan alasan haha~ before 18, dah ada kawan-kawan yang dah pergi untuk interview MARA so ada advantage lah bagi sesiapa yang dapat panggilan lambat. Memang berterima kasih sangat kat kawan sebab diorang cakap kalau boleh bawa kalkulator sebab ada maths sikit.

IQ test was held in a hall. So semua orang duduk macam nak ambil SPM. Belah kanan mar budak perempuan and dia tak bawa kalkulator. Pegawai dalam dewan tu kata dia boleh pinjam kalkulator mar tapi tak boleh meniru. Yang mar pelik, budak perempuan tu tak minta langsung nak pinjam kalkulator. So mar ada dua andaian. 1st dia genius & tak perlu kalkulator. 2nd dia tak sempat nak jawab soalan maths. Haha prediction~

Buat masa sekarang mar just menganggur kat rumah. Jaga mak cik, belajar masak. Masak memang memenatkan! Huhh

Mar harap sangat IQ test MARA tu mar dapat score. Sebabnya dah tak ada tawaran lain!! Mostly dapat surat dari swasta, mar tak layan. JPA pun mar tak mohon sebab lupa. Aigoo tak taulah apa nak jadi. Mar juga dapat tawaran dari UniKL untuk Foundation of Science and Technology. So benda ni ada dua cabang, science or engineering. Kalau science maksudnya buat medic. Yang sedihnya, mar call orang UniKL & tanya pasal surat tawaran tu. Adakah science or engineering? Jawapannya adalah engineering. I dont wanna be an engineer. Cuz I cant go well with Physics. I hate formula, but I love Add Maths. Pelik kan.

Dulu ayah nasihatkan mar untuk try chartered secretary kat KPTM. So mar tengok bidang tu pun macan terbuka luas, memang banyak peluang. Tapi tak dapat restu mak~ lagipun mar tak yakin kalau benda yang berkaitan ekonomi. Lower form mar ambil KH-Perdagangan, tak pernah dapat A. Biasanya C haha, nasib baik PMR dapat B.

Kat sini mar nak wish goodluck buat semua yang bakal sambung and yang dah pun sedang belajar sekarang ni. Wherever place you study, there are all the same. What makes it diferent? It's your will to success and achieve a good academic results. Percayalah, even belajar kat US, Canada, Australia, Euro or even dalam Malaysia je, tu semua orang tak pandang. Orang tengok sijil, pointer. Itu lah bukti cemerlang or tak study kita. GOODLUCK!! :)

Monday, April 1, 2013

Celoteh saya

Assalamualaikum,

Hari ni kawan mar ada yang pergi PLKN untuk siri yang ke dua. Bye bye semua. Janganlah risau sangat, enjoy je kat sana nanti. Oh btw hari ni 1 April, right? Mar ingat lagi masa form 3, suka sangat buat April Fool. Tapi rupa-rupanya tak baik kalau kita prank demi menyambut April Fool ni, for muslim lah. Other religion tu tak perlu cakap lah.

Dah nak dekat seminggu mar habiskan masa kat hospital sebab jaga mak cik. Kadang-kadang bosan, kadang-kadang enjoy je. Tengok houseman buat kerja. Kat sini kalau nak tengok houseman bolehlah, kalau doktor tu payah. Doktor busy dengan appoinment, surgery, macam macam lagilah. Tapi houseman pun tak apa lah, nanti confirm jadi doktor juga. Ramai houseman kat sini tak berapa nak mesra alam. Susah betul nak senyum, nurse apatah lagi. Haih macam tak ikhlas nak buat kerja. Tak pun sebab dorang anggap dorang doktor, gaji besar, kerja pun bila orang dengar 'saya doktor', komuniti pun rasa kagum. Pi lahhh. U're just a normal human being.

Tak kira jawatan or pangkat, kita semua sama di sisi Allah. Yang membezakan hanya iman... Lagi satu, contohnya orang A tak berapa hebat dalam exam & orang B ni ranking top 10 sokmo. Tak bermakna orang A tu tak pandai. Tak ada istilah 'tak sama level'. Iq kita, sebagai manusia normal, Allah jadikan sama. Kita je yang kena usaha supaya besar nanti iq kita bertambah. Dengan apa? Belajar lah. 'Dah belajar, pulun gila, tapi aku tak pandai juga', tak baik cakap macam tu. Setiap sesuatu ada hikmah. Mungkin Allah nak uji kita, manalah tau bila kita dah berjaya kita lupa Allah. Kita lupa nak doa, solat sunat, mungkin juga bila Allah dah kurniakan kejayaan kita jadi malas nak usaha. Kan kan? Setiap sesuatu ada hikmah tersendiri, jangan risau okay.

'Alah mar, cakap senang ah'. Memang tak dapat dinafikan, cakap je memang senang. Ohoi, dalam dunia ni tak ada apa pun yang senang. Percayalah.....! Haaa. Yang penting kita kena selalu ingat tuhan. For muslims, we have Allah. Allah sukakan hambaNya yang meminta. Minta kat Allah tak apa, jangan dok meminta-minta sedekah dengan manusia sudah. Mar pernah baca satu artikel, Allah tak suka hambaNya miskin@susah@apa apa yang berkaitan. Sebabnya bila kita hidup susah, kita lagi cenderung ke arah maksiat. Maksiat ni besar, bukan setakat zina, tapi macam macam.

Oh btw kadang-kadang kat Fb or Twitter orang post, 'A bukan segala-galanya'. A memang bukan segala-galanya namun A lah permulaan bagi segala-galanya (ayat ni bukan mar reka sendiri, I got this from a counselor). Seriously mar memang terasa sangat sangat dengan orang yang buat statement macam tu. Ye betul, maybe post macam tu buat diri rasa lega (kot). Tapi macam menghina orang yang dah berusaha bersungguh-sungguh, tido 3 4 pagi untuk revision semata-semata nak dapat banyak A. Sebab tu sebagai seorang manusia kita kena selalu bersyukur. Kita kena ingat, Allah aturkan semuanya perfect. Ada hikmah disebalik sesuatu. Kita ni manusia biasa, be open minded, fikirlah jauh jauh. Barulah Islam boleh maju. Orait?

P/s: sekadar peringatan untuk diri sendiri dan mungkin bermanfaat untuk orang lain juga

MaleyHalim