Thanks :)

Monday, June 10, 2013

Today's lecture

Assalamualaikum

Hari ni mostly student asasi UiTM start pergi kuliah, & mar salah seorang daripada berjuta student tu (tak ada lah sampai juta pun). Hari ni jadual memang pack, kelas start 8.30am sampai 10.20pm. Tapi.. Kelas 8.30am tak ada lecturer, kelas 12.30pm tak ada lecturer dan alhamdulillah kelas CTU 3.30pm ada lecturer. Kelas malam start 8.30pm, tak ada lecturer juga.

Kelas-kelas yang lecturer tak masuk tu semuanya kelas Math. Hmm lecturer mar ni cuti kot~

So hari ni group mar just tau tentang kursus agama je (CTU) sebab ustazah masuk kelas. Tapi tak belajar pun, ustazah just bagi intro tentang silabus, exam, & cara pemarkahan. Best dengar tazkirah @ nasihat dari ustazah. Group mar ada 8 orang je laki, kesiannya.. Pagi tadi terserempak dengan Amin, lepas tu tak nampak nampak dah. Mar tak pernah nampak pun Amir.

Hari ni mar dapat kenal lagi ramai kawan baru. By the way, hari ni juga mar 1st day lalu tangga. Perghh dahsyat.. Try google tangga UiTM Puncak Alam, macam tangga nak daki Batu Caves. Harap harap dengan tangga tu semua orang bertambah sihat haaahaaaa.

Dah tade apa nak cakap, blur. Nak coolblog...

MaleyHalim

Sunday, June 9, 2013

Knock! Knock!

Assalamualaikum

Knock! Knock! Lama dah tak update post.

Lebih kurang seminggu mar stay kat kampus Puncak Alam. Alhamdulillah Minggu Destini Siswa (MDS) dah habis. Kalau tak memang sampai hari ni mandi 5am & 1am. Sekarang ni memang bosan sebab tak ada apa nak buat. Group untuk kuliah mar dah tahu cuma jadual kuliah je tak tengok lagi. InsyaAllah kuliah yang pertama akan start esok. Lecturer cakap untuk dua minggu yang pertama, kuliah memang akan ada yang sampai malam. Alright, kena siapkan minda awal-awal. Macam boleh~

Roommate mar balik Johor so malam tadi mar tidur sorang-sorang, Alhamdulillah tak ada benda pelik fuhh. Jumaat tengah hari (7/6), mak cik datang ambil mar balik rumah sebabnya malam tu nak jemput parents kat KLIA dari umrah. Dan esoknya mar balik semula kampus dalam 11am, parents hantar. Lepas tu mar bersihkan bilik. Berhabuk gila, habuk tu macam membiak! Lepas tu siap-siap untuk makan tengah hari dengan Nabila Nazri. Atikah & Ecah balik rumah so mar ngan nabby jela. Tetiba terserempak dengan Salwa. Rupa-rupanya Madihah pun buat diploma kat sini.

Dalam 8pm ready untuk makan malam, lapar gila. Like usual dengan Nabila juga tapi kali ni roommate dia ada sekali. After makan, sembang-sembang jap tetiba Etin datang join kitorang. Wahh ramai jugak student PS kat Puncak Alam rupanya. Kalau budak laki mar just pernah nampak Pisang je, yang lain entah kat mana.

Pagi ni nak pergi breakfast kat kedai tak larat. Penat lahh. Buat mushroom soup je. Seriously ni first time beli, yekk tak sedap. Tak nak makan dah -_-

MaleyHalim

Saturday, June 1, 2013

Study jom?

Assalamualaikum

Esok 2 Jun 2013 & mostly pergi daftar ke universiti masing-masing. UiTM Puncak Alam, I'm coming! Kalau dulu jealous tengok kawan-kawan yang dah study sebab rasa macam nak study juga. Tak fair mar tak start study lagi. Bila hari pendaftaran dah nak dekat, seriously rasa seram sangat. Macam; "betul ke esok??" hahaha.

Parents mar pergi umrah so makcik mar yang kat Putrajaya tolong mar pergi daftar esok. Pagi tadi flight dari Terengganu, sampai KLIA dalam pukul 10am+. Tak tahu kenapa mar rasa macam nak pengsan dalam flight, maybe pilot kali ni otai kot. Nak kata tak pernah naik, pernah je. So kali ni mar naik flight sorang-sorang. Adik ; Akim & Mika, stay kat Terengganu. Mar text abang yg 2nd about the flight and he asked "Mu wat gapo kat KL?" . LOL abang tak tau adiknya nak masuk universiti~

Abang bagi nasihat:
1. Lepas masuk bilik, terus study.

Haha terima kasih! Memang menaikkan semangat~

Harap-harap semua berjalan dengan lancar esok. Makcik kata asrama UiTM Puncak Alam atas bukit & maybe mar akan slim. Baguslah~ I've breed so many fat these whole holidays.

P/s : Goodluck kepada semua yang bakal sambung study. Semoga mendapat kejayaan dalan bidang masing-masing.

MaleyHalim