Thanks :)

Sunday, July 28, 2013

Ramadhan 19th

Assalamualaikum,
Alhamdulillah sampai sekarang kita semua masih berpeluang nak merasakan Ramadhan. Dah tinggal puasa? Haa jangan tinggal, dosa.. Tapi kalau perempuan nak buat macam mana kan.

Mar dah lama tak update blog, bukan sebab malas tapi dalam otak ni ada banyak sangat cerita sampai tak tahu nak cerita yang mana satu KAHKAH. Kat sini, UiTM Puncak Alam or mostly orang panggil Palam, tiap-tiap hari ada bazar. Masa 1st Ramadhan : Woaah, after Asar around 5pm confirm dah ramai + sesak gila bazar tu. Ala biasa la tu, hari pertama puasa kan.. Lepas tu, sekarang ni mar dah buat observation (eceh bajet saintifik pula) dalam pukul 6pm+ baru ramai orang. Kalau dari bilik mar, memang boleh nampak bazar tu.

Buat masa sekarang, semua student asasi ada test 1. Physics & math were done, 4 more to go. Mar tak tahu lah kenapa makin tua jadi makin malas makin tak ambil kisah langsung. Haih apa nak jadi. Study sekejap, mengantuk macam tak tidur satu minggu. Apa nak jadi...

Semalam, 27/7/2013, mar dengan Nabila, kitorang memang dah bosan gila kat Palam ni. So around 4pm, we made up our mind to iftar somewhere outside. Macam biasa, Syarip wajib ada. Haha kitorang memang selalu bertiga. Kesian Syarip, dia nak study tapi dia ikut juga. Baik kan? Mar ngan Nabila ni macam penghasut gila haha. We went to Setia City Mall. Kitorang ada kupon Khao, jadi kami decide untuk berbuka kat situ. Malangnya Khao penuh, banyak reservation. Kitorang pun jalan and jalan. Then kami nampak Chatime & Hot n Roll. Kami discuss so the conclusion is, berbuka: air Chatime & pratha Hot n Roll. Kiranya kami berbuka makan jajan la haha. Then pergi solat kat surau. After tu? Kitorang pergi balik kat Khao.

Alhamdulillah masa kitorang sampai Khao for the 2nd time, dah banyak meja kosong so we waited outside to be seated. Then barulah kami bertiga ni berbuka dengan proper with rice & lauk-pauk. What's next? Kitorang jadi camwhore gila. Haha even makanan pun kitorang ambil gambar. Dahsyat~ after done at Khao, singgah kedai jam cuz something was wrong with Nabila's watch then mar pergi MPH beli task pad. Kat Is Mart Palam tak ada task pad kot, what the.. Maka berakhirlah kisah kat dalam Setia City Mall.

Ini kisah kat luar Setia City Mall pula haha. Kisah ni masa nak tunggu bas. Mar, Syarip ngan Nabila memang suka reka 1 senario then elaborate panjang gila sampai cerita tu macam tak ada ending langsung. Haha lawak, seriously. Then kami bertiga came up with a tagline "The Three Authors". Wanna know what this tagline is all about, visit Nabila's blog and you'll know what the rest is all about :)

Thanks for reading, Marleyna.

Sunday, July 7, 2013

Sunday

Assalamualaikum,

Wah dah lama gila tak update post! Busy? Tak juga, malas sebenarnya. Tetiba dua hari ni rasa macam kesian kat blog, dah lama tak update. Tu yang resulting in the typing of post sekarang.

How's study?
Bolehla. Kalau mak call, itu je yang mampu mar jawab. Nothing more. Subjek yang paling problem setakat ni? Mestila fizik. Dari dulu lagi.. But Im trying, harap2 suatu hari nanti fizik ni kacang je bagi mar. Bagi la soalan yang macam mana sekali pun confirm boleh jawab. Amin..

Palam ni banyak tangga. Tak lama lagi nak Ramadan. Tak sabar nak puasa, tarawih, makan kurma. Kurma? Mar bukannya tak suka tapi malas nak makan. Tatau kenapa~ oh! By the way sekarang mar dah start makan sayur. Tapi certain sayur je. Tak semuanya sedap..

Em kat Palam ni sepatutnya panggil rumah, tapi rumah sounds weird, so mar prefer panggil bilik. Bilik mar tu dah macam bilik sewa. Bawa barang dari rumah macam mar akan menetap 5-10 tahun haha. Nasib baik washing machine ada disediakan, even bukan 1 rumah 1 machine, bersyukur jela. Kalau tak memang nak angkut dari rumah tu haa. Tapi apa point nya mar cakap pasal mesin basuh ni? Mar tak pernah guna pun. Tengok pun tak (kat palam la, kalau kat luar takyah cakap).

Minggu ni mar ada kuiz Biology chapter  2: Cells. Urm rasa macam dah baca banyak. Tapi tak tau la segala info & input yang mar dapat tu disimpan kat longterm or shorterm memory site. Haha hiperbola betul.

Sampai sini je, phone dah nyawa-nyawa ikan :O

Happy Ramadan. May Allah bless all our good deeds & may we never commit any sins during the holy Ramadan :)