Thanks :)

Monday, September 16, 2013

Apa nak jadi

Assalamualaikum

Apa nak jadi?

Nak tahu something? Kat KMKN lah mar tengok The Conjuring & Sinister. Dua dua tu seram. Mar sarankan takyah tengok haha. So after dh tengok pelbagai jenis benda pelik dalam movie tu, mar tak tahu kenapa, sifat berani tu macam kena kikis~ Conclusionnya ialah: Mar penakut. Masalahnya, tahap takut mar ni macam dah kritikal. Ya Allah.. Selama ni kat rumah mar tidur dalam bilik sorang sorang, rasa macam heaven gila "bilik ni aku yang punya", tapi sekarang? Mar tengah cuti seminggu kat rumah. So 1st day tidur sorang sorang dalam bilik, berani sikit, 2nd day pun okay la. 3rd day? Mar tidur ngan adik HAHA. Nampak tak kedahsyatannya kat situ?

Dalam bilik adik ada dua katil kosong, abang punya. Mar tumpang tidur kat katil tu lah. Esok abang nak balik TgMalim, macam mana ni???!!! Rasa macam better stay KMKN pula~ Tapi, seriously ni lah 1st time dalam hidup Marleyna jadi macam ni. Lagi lagi sekarang bila dah balik rumah, memang layan korea jelah. Mar tengok The Master's Sun. Drama tu pasal hantu. Mar takut, tapi mar tengok juga sebab cerita tu lawak. Hero dia handsome.... Mar tak ingat nama! Yang berlakon dalam Memories of Bali, hero yang miskin (itu pun kalau korang tahu). Handsome..... Tapi, taste orang lain lain.

Okaih, macam mana ni? Malam ni mar selamat sebab dpt tidur sebilik ngan adik. Esok? Entah laaaaaa

P/s: Kalau ada suami memang tiap tiap hari tidur berteman so tak perlu risau apa apa HAHA

MaleyHalim

Thursday, September 5, 2013

Room alone!

Assalamualaikum

Kalau nak tahu, sekarang mar study kat Kolej Mara Kuala Nerang, Kedah. Baru 2 minggu lebih kot, tak sure. Yang penting sekali minggu depan ada test, yang kedua penting sekarang ni mar dalam bilik sorang-sorang sebab roommate; Nadia & Adila balik rumah. Nak balik juga tapi, tak mungkin. Mar memang dah biasa tidur sorang-sorang, since umur 7 tahun. Tapi, malam ni rasa macam takut sikit HAHA. Rasa macam tak nak tutup lampu, mungkin sebab dah biasa tidur bertiga dalam bilik ni. Kalau kat rumah lain, selesa je sesorang.

Nak tahu lagi? Mar demam, selsema & batuk. Kelmarin, mar sakit tekak. So dah predict bila bangun tidur tak ada suara tapi prediction tak tepat, suara masih ada tapi sounded macho sikit haha. Hmm sebenarnya mar tiba-tiba nak update post ni sebab teringat kat someone. Mar pun tak tahu, besar sangat ke salah mar kat dia? Entah lah. Dia tu pun ada orang suka. Mungkin dia tak sihat kot sebab mar ada terbaca comment; "dah sihat?" "Alhamdulillah". Dont underestimate me because maybe you might end up with her. Im not suprise.

Okay, tamat dah luahan hati. Sebenarnya kalau bab meluahkan perasaan ni, sampai bila-bila pun tak akan habis so memadai jelah.

Doakan mar cepat sembuh, even dah makan ubat tapi tak sembuh juga :)