Thanks :)

Thursday, November 14, 2013

What is life

Assalamualaikum

Kalau tak silap, hari ni result untuk UPSR keluar. So, Terengganu dapat the highest achievement untuk UPSR? Well congrats.

Teringat pula time mar UPSR dulu dapat 4A je. Sains dapat B. Seperti yang kita semua tahu, kita hanya mampu merancang, berusaha dan Allah yang menentukan. Setiap yang ditentukan oleh Allah ada hikmahnya. Jadi, kepada student yang dapat 5A, tahniah. Manakala, student yang tak berjaya, its okay, Allah ada alasan untuk result adik masing-masing.

Dulu mar target dapat 5A untuk UPSR tapi Allah Maha Mengetahui, dan mar dapat 4A je. Sekolah menengah kat SMK Khir Johari until PMR. Untuk PMR, mar target 6A sebab sejarah dan KH memang spoil habis. Dan mar dapat 7A, Alhamdulillah. Rezeki, mar dapat offer ke MRSM Pasir Salak. Untuk SPM mar dapat 9A, Alhamdulillah. Now, Im studying in foundation of medicine. Mar berdoa supaya medic adalah bidang yang terbaik untuk mar. Even though parents yang nak sangat mar jadi doktor, dan bukannya mar sendiri yang rela, mar ikut jelah. Parents lagi tahu daripada kita. Kalau korang gaduh dengan parents, cuba korang renungkan balik. Layak ke korang nak gaduh ngan depa? Hamboih kedah. Apa apa yang tak melanggar agama, selagi mampu, ikut jela apa parents nak. Because once your parents are both gone, u'll regret because u're not doing the things that they like.

Bila renung balik, semua "kisah hidup" memang nak mengajar diri kita sesuatu. By 5 years I studied for PMR and SPM, mar ni macam klon syaitan. Allah pesan, tak baik buka aib so I dont have to tell you everything lah because if I did, I will be seen like Im very proud of my sins. Bila kita banyak buat dosa, dan bila Allah pilih kita untuk diberi hidayah, kita pasti berubah sebab masa tu kita pasti akan sedar kesalahan kita. Im wondering "why". Dengan dosa yang melimpah ruah, rezeki yang mar dapat tu macam terlalu banyak. 7A PMR, 9A SPM, semuanya ada hikmah.

Allah tak akan uji hambaNya dengan sesuatu yang hambaNya tak mampu.

The truth is, mar sangat takut sekarang ni. Im having some kind of mysterious illness. HAHA. Buat masa sekarang tak tahu lagi tahap misteri tu macam mana, kena tunggu medical check up dulu. Final exam semester 1 pun dah nak dekat. Tolong doakan mar tak kena sakit jantung time jawab exam :)

Friday, November 8, 2013

Sleepy Monster & The Ugly Truth

Assalamualaikum

Wahh dah lama gila tak update blog ni. Fuhh banyak sawang hmm. So, two weeks left before semester 1 final exam. Kalau boleh tak nak ambil exam sebab Im too damn afraid of my result. Alhamdulillah sampai sekarang masih lagi bernyawa kat Kolej Mara Kuala Nerang. By the way hari ni cuti dan hari ni juga giliran student perempuan outing. Dan mar tak outing. Kerja mar hari ni adalah :
1. Dengar mp3
2. Extra class math
3. Tidur
4. Twitter
5. Tidur
6. Blogging

Dahsyat gila jadual hari ni, penuh dengan tidur tidur dan mengantuk. Well, setiap yang terjadi ada alasannya cewah. Bayangkan malam tadi mar tak tidur langsung!!! TAK TIDUR LANGSUNG.. Itu yang jadi mengantuk for the whole day. Mar pun tak tau kenapa mar tak boleh nak tidur. Selama 18 tahun mar hidup, "tak tidur untuk satu hari" dah jadi 2 kali. Haa nampak tak ketelitiannya kat situ.

Wish me and my friends dapat flying colours untuk semester 1 ni :D

Now, nak story pasal The Ugly Truth. Em mungkin boleh tukar jadi The Cutest Truth? Hahaha

Kisah ni terjadi on 6 November 2013.

Nadia, who is my roommate asked:
"Mar ada pelat S or X ke?"

and I was so damn shocked. Tak pernah ada pun orang tanya mar macam ni! For 18 years Ive been living on this Earth, it was the first time Im being asked like that!!!!!!! Gosh

So how do I react? I denied hahaha. Tapi, semalam! My other roommate, Adilah. I asked her wether I pelat atau tak. You know what she said???

Adilah : "Dila ingatkan selama ni mar tahu mar pelat S, sebab tu Dila tak tegur/cakap apa apa"

LOL..
The conclusion is, Marleyna pelat S. Apa yang menyedihkan lagi, bila mar dah tahu mar pelat S, mar rasa pelat ni makin menjadi jadi. Eiii nak kena betul lidah ni.

One year in Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh, 5 years in Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam, 3 years in SMK Khir Johari, 2 years in MRSM Pasir Salak, 3 months PLKN Padang Kacong, almost 5 months in UiTM Puncak Alam,  : nobody ever said this. But, for just only almost 4 months Im in KMKN, I finally knew.

THE END

Monday, September 16, 2013

Apa nak jadi

Assalamualaikum

Apa nak jadi?

Nak tahu something? Kat KMKN lah mar tengok The Conjuring & Sinister. Dua dua tu seram. Mar sarankan takyah tengok haha. So after dh tengok pelbagai jenis benda pelik dalam movie tu, mar tak tahu kenapa, sifat berani tu macam kena kikis~ Conclusionnya ialah: Mar penakut. Masalahnya, tahap takut mar ni macam dah kritikal. Ya Allah.. Selama ni kat rumah mar tidur dalam bilik sorang sorang, rasa macam heaven gila "bilik ni aku yang punya", tapi sekarang? Mar tengah cuti seminggu kat rumah. So 1st day tidur sorang sorang dalam bilik, berani sikit, 2nd day pun okay la. 3rd day? Mar tidur ngan adik HAHA. Nampak tak kedahsyatannya kat situ?

Dalam bilik adik ada dua katil kosong, abang punya. Mar tumpang tidur kat katil tu lah. Esok abang nak balik TgMalim, macam mana ni???!!! Rasa macam better stay KMKN pula~ Tapi, seriously ni lah 1st time dalam hidup Marleyna jadi macam ni. Lagi lagi sekarang bila dah balik rumah, memang layan korea jelah. Mar tengok The Master's Sun. Drama tu pasal hantu. Mar takut, tapi mar tengok juga sebab cerita tu lawak. Hero dia handsome.... Mar tak ingat nama! Yang berlakon dalam Memories of Bali, hero yang miskin (itu pun kalau korang tahu). Handsome..... Tapi, taste orang lain lain.

Okaih, macam mana ni? Malam ni mar selamat sebab dpt tidur sebilik ngan adik. Esok? Entah laaaaaa

P/s: Kalau ada suami memang tiap tiap hari tidur berteman so tak perlu risau apa apa HAHA

MaleyHalim

Thursday, September 5, 2013

Room alone!

Assalamualaikum

Kalau nak tahu, sekarang mar study kat Kolej Mara Kuala Nerang, Kedah. Baru 2 minggu lebih kot, tak sure. Yang penting sekali minggu depan ada test, yang kedua penting sekarang ni mar dalam bilik sorang-sorang sebab roommate; Nadia & Adila balik rumah. Nak balik juga tapi, tak mungkin. Mar memang dah biasa tidur sorang-sorang, since umur 7 tahun. Tapi, malam ni rasa macam takut sikit HAHA. Rasa macam tak nak tutup lampu, mungkin sebab dah biasa tidur bertiga dalam bilik ni. Kalau kat rumah lain, selesa je sesorang.

Nak tahu lagi? Mar demam, selsema & batuk. Kelmarin, mar sakit tekak. So dah predict bila bangun tidur tak ada suara tapi prediction tak tepat, suara masih ada tapi sounded macho sikit haha. Hmm sebenarnya mar tiba-tiba nak update post ni sebab teringat kat someone. Mar pun tak tahu, besar sangat ke salah mar kat dia? Entah lah. Dia tu pun ada orang suka. Mungkin dia tak sihat kot sebab mar ada terbaca comment; "dah sihat?" "Alhamdulillah". Dont underestimate me because maybe you might end up with her. Im not suprise.

Okay, tamat dah luahan hati. Sebenarnya kalau bab meluahkan perasaan ni, sampai bila-bila pun tak akan habis so memadai jelah.

Doakan mar cepat sembuh, even dah makan ubat tapi tak sembuh juga :)

Tuesday, August 13, 2013

Jauhnya perjalanan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah sampai sekarang masih lagi bernyawa #tetiba

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT mar dapat offer ke KMKN untuk second intake 18 ni, Ahad minggu depan. UiTM bagi cuti seminggu je, ada satu hari dalam seminggu tu mar ngan abang pergi kampus angkut semua barang. Tak sangka banyak gila, rasa macam rumah sewa sebab terlampau banyak barang. Semalam ayah hantar mar pergi Palam, nak jumpa kawan-kawan lah. First jumpa Wada and the geng kat bilik pelajar, okay Wada nangis. Sorry Wada.. Mar teman diorang pergi DKF7 untuk lecture biology, then terserempak la dengan banyak lagi Group F1. Time ni sebak la juga.

Then mar call Syarip, dia kata 10.30am dia baru habis lecture kat DKF2. Tapi mar tengok tak ada orang pun kat depan DK. Mar pun jalan turun tangga sampai FSK 1,5. Tetiba syarip call, rupa-rupanya dia baru keluar DK. Kami pun jumpa lah dekat level 1 FSK 1,5. Amboih detail betul dia cerita~ Dalam masa yg sama, mar text Nabila. Mula2 dia kata dia dekat BKA 11, before Syarip datang, mar dah naik lift level 7. Okay penat even tak naik tangga haha. Then Nabila cakap dia kat Cafe Psb dekat ngan tangga maut. Mar ngan Syarip pun jalan lah sampai depan cafe. Tade sesiapa pun, mana Nab nih -,-  Kitorang pun naik lift sampai level 5, keluar je, usha library usha meja kat luar, mana Nabila~ Then kitorang turun balik, call Nab, dia tak angkat, call lagi.. Ha! Ada pun depan mata. Tapi kenapa tadi kitorang usha depan cafe Nabila tade pun? Rupa-rupanya dia pegi toilet haha

Mula-mula janji ngan ayah balik pukul 3pm tapi setelah dihasut oleh Syarip, balik after makan malam. Kitorang sembang dahsyat gila kat cafe tu. 12.30pm, Nabila ngan Syarip ada lecture tapi mar ikut Syarip pergi lecture biology. Lecture tu habis 1.30pm, tapi Nabila punya class habis 5.30pm so mar ngan Syarip pergi surau FF2 tunggu nabila. Sementara tu kitorang tidur, solat & macam2 lagi #ishIsh. Dalam pukul 5pm, tetiba Nabila muncul. Eh, class bukan habis 5.30pm ke? Haha entahla~

Kitorang pun pergi bus stop, seperti biasa tunggu Rapid KL. Sampai cafe raff. What?? Makanan habis? Kedai blackout? Fuhh kitorang lapar gila. Masa ni Ecah pun ada join sekali. Tapi Ecah dah makan. Berkat usaha Nabila ngan Syarip, kitorang mampu makan dengan kenyangnya, Alhamdulillah. Ha, masa ni lagi dahsyat sembang. Sampai ke malam. Mak mar call, so mar agak2 dalam pukul 9pm baru balik. Nabila, Syarip & Ecah teman mar pergi R3 sebab ayah jemput kat sini. Orang kata R3 berhantu? Ayok.. Haa mak pun ikut sekali datang ngan ayah. Nabila lawak, takut sangat dengan maggi. Mar sampai rumah dalam 10.30pm sebab before tu singgah kedai mamak.

Even penat, tapi BEST :)

Lepas ni kat Kedah, dah tak ada Syarip, Nabila ngan Ecah. Hmm macam mana nak hidup. Dah la jauh 4jam dari rumah.

Kepada sesiapa yang banyak bagi nasihat or sokongan mar ucapkan terima kasih. Tak lupa juga kepada pihak yang tak habis-habis nak "ban" & menakutkan mar ambil medic, mar ucapkan terima kasih juga.

Selamat Hari Raya ;)

Sunday, July 28, 2013

Ramadhan 19th

Assalamualaikum,
Alhamdulillah sampai sekarang kita semua masih berpeluang nak merasakan Ramadhan. Dah tinggal puasa? Haa jangan tinggal, dosa.. Tapi kalau perempuan nak buat macam mana kan.

Mar dah lama tak update blog, bukan sebab malas tapi dalam otak ni ada banyak sangat cerita sampai tak tahu nak cerita yang mana satu KAHKAH. Kat sini, UiTM Puncak Alam or mostly orang panggil Palam, tiap-tiap hari ada bazar. Masa 1st Ramadhan : Woaah, after Asar around 5pm confirm dah ramai + sesak gila bazar tu. Ala biasa la tu, hari pertama puasa kan.. Lepas tu, sekarang ni mar dah buat observation (eceh bajet saintifik pula) dalam pukul 6pm+ baru ramai orang. Kalau dari bilik mar, memang boleh nampak bazar tu.

Buat masa sekarang, semua student asasi ada test 1. Physics & math were done, 4 more to go. Mar tak tahu lah kenapa makin tua jadi makin malas makin tak ambil kisah langsung. Haih apa nak jadi. Study sekejap, mengantuk macam tak tidur satu minggu. Apa nak jadi...

Semalam, 27/7/2013, mar dengan Nabila, kitorang memang dah bosan gila kat Palam ni. So around 4pm, we made up our mind to iftar somewhere outside. Macam biasa, Syarip wajib ada. Haha kitorang memang selalu bertiga. Kesian Syarip, dia nak study tapi dia ikut juga. Baik kan? Mar ngan Nabila ni macam penghasut gila haha. We went to Setia City Mall. Kitorang ada kupon Khao, jadi kami decide untuk berbuka kat situ. Malangnya Khao penuh, banyak reservation. Kitorang pun jalan and jalan. Then kami nampak Chatime & Hot n Roll. Kami discuss so the conclusion is, berbuka: air Chatime & pratha Hot n Roll. Kiranya kami berbuka makan jajan la haha. Then pergi solat kat surau. After tu? Kitorang pergi balik kat Khao.

Alhamdulillah masa kitorang sampai Khao for the 2nd time, dah banyak meja kosong so we waited outside to be seated. Then barulah kami bertiga ni berbuka dengan proper with rice & lauk-pauk. What's next? Kitorang jadi camwhore gila. Haha even makanan pun kitorang ambil gambar. Dahsyat~ after done at Khao, singgah kedai jam cuz something was wrong with Nabila's watch then mar pergi MPH beli task pad. Kat Is Mart Palam tak ada task pad kot, what the.. Maka berakhirlah kisah kat dalam Setia City Mall.

Ini kisah kat luar Setia City Mall pula haha. Kisah ni masa nak tunggu bas. Mar, Syarip ngan Nabila memang suka reka 1 senario then elaborate panjang gila sampai cerita tu macam tak ada ending langsung. Haha lawak, seriously. Then kami bertiga came up with a tagline "The Three Authors". Wanna know what this tagline is all about, visit Nabila's blog and you'll know what the rest is all about :)

Thanks for reading, Marleyna.

Sunday, July 7, 2013

Sunday

Assalamualaikum,

Wah dah lama gila tak update post! Busy? Tak juga, malas sebenarnya. Tetiba dua hari ni rasa macam kesian kat blog, dah lama tak update. Tu yang resulting in the typing of post sekarang.

How's study?
Bolehla. Kalau mak call, itu je yang mampu mar jawab. Nothing more. Subjek yang paling problem setakat ni? Mestila fizik. Dari dulu lagi.. But Im trying, harap2 suatu hari nanti fizik ni kacang je bagi mar. Bagi la soalan yang macam mana sekali pun confirm boleh jawab. Amin..

Palam ni banyak tangga. Tak lama lagi nak Ramadan. Tak sabar nak puasa, tarawih, makan kurma. Kurma? Mar bukannya tak suka tapi malas nak makan. Tatau kenapa~ oh! By the way sekarang mar dah start makan sayur. Tapi certain sayur je. Tak semuanya sedap..

Em kat Palam ni sepatutnya panggil rumah, tapi rumah sounds weird, so mar prefer panggil bilik. Bilik mar tu dah macam bilik sewa. Bawa barang dari rumah macam mar akan menetap 5-10 tahun haha. Nasib baik washing machine ada disediakan, even bukan 1 rumah 1 machine, bersyukur jela. Kalau tak memang nak angkut dari rumah tu haa. Tapi apa point nya mar cakap pasal mesin basuh ni? Mar tak pernah guna pun. Tengok pun tak (kat palam la, kalau kat luar takyah cakap).

Minggu ni mar ada kuiz Biology chapter  2: Cells. Urm rasa macam dah baca banyak. Tapi tak tau la segala info & input yang mar dapat tu disimpan kat longterm or shorterm memory site. Haha hiperbola betul.

Sampai sini je, phone dah nyawa-nyawa ikan :O

Happy Ramadan. May Allah bless all our good deeds & may we never commit any sins during the holy Ramadan :)

Monday, June 10, 2013

Today's lecture

Assalamualaikum

Hari ni mostly student asasi UiTM start pergi kuliah, & mar salah seorang daripada berjuta student tu (tak ada lah sampai juta pun). Hari ni jadual memang pack, kelas start 8.30am sampai 10.20pm. Tapi.. Kelas 8.30am tak ada lecturer, kelas 12.30pm tak ada lecturer dan alhamdulillah kelas CTU 3.30pm ada lecturer. Kelas malam start 8.30pm, tak ada lecturer juga.

Kelas-kelas yang lecturer tak masuk tu semuanya kelas Math. Hmm lecturer mar ni cuti kot~

So hari ni group mar just tau tentang kursus agama je (CTU) sebab ustazah masuk kelas. Tapi tak belajar pun, ustazah just bagi intro tentang silabus, exam, & cara pemarkahan. Best dengar tazkirah @ nasihat dari ustazah. Group mar ada 8 orang je laki, kesiannya.. Pagi tadi terserempak dengan Amin, lepas tu tak nampak nampak dah. Mar tak pernah nampak pun Amir.

Hari ni mar dapat kenal lagi ramai kawan baru. By the way, hari ni juga mar 1st day lalu tangga. Perghh dahsyat.. Try google tangga UiTM Puncak Alam, macam tangga nak daki Batu Caves. Harap harap dengan tangga tu semua orang bertambah sihat haaahaaaa.

Dah tade apa nak cakap, blur. Nak coolblog...

MaleyHalim

Sunday, June 9, 2013

Knock! Knock!

Assalamualaikum

Knock! Knock! Lama dah tak update post.

Lebih kurang seminggu mar stay kat kampus Puncak Alam. Alhamdulillah Minggu Destini Siswa (MDS) dah habis. Kalau tak memang sampai hari ni mandi 5am & 1am. Sekarang ni memang bosan sebab tak ada apa nak buat. Group untuk kuliah mar dah tahu cuma jadual kuliah je tak tengok lagi. InsyaAllah kuliah yang pertama akan start esok. Lecturer cakap untuk dua minggu yang pertama, kuliah memang akan ada yang sampai malam. Alright, kena siapkan minda awal-awal. Macam boleh~

Roommate mar balik Johor so malam tadi mar tidur sorang-sorang, Alhamdulillah tak ada benda pelik fuhh. Jumaat tengah hari (7/6), mak cik datang ambil mar balik rumah sebabnya malam tu nak jemput parents kat KLIA dari umrah. Dan esoknya mar balik semula kampus dalam 11am, parents hantar. Lepas tu mar bersihkan bilik. Berhabuk gila, habuk tu macam membiak! Lepas tu siap-siap untuk makan tengah hari dengan Nabila Nazri. Atikah & Ecah balik rumah so mar ngan nabby jela. Tetiba terserempak dengan Salwa. Rupa-rupanya Madihah pun buat diploma kat sini.

Dalam 8pm ready untuk makan malam, lapar gila. Like usual dengan Nabila juga tapi kali ni roommate dia ada sekali. After makan, sembang-sembang jap tetiba Etin datang join kitorang. Wahh ramai jugak student PS kat Puncak Alam rupanya. Kalau budak laki mar just pernah nampak Pisang je, yang lain entah kat mana.

Pagi ni nak pergi breakfast kat kedai tak larat. Penat lahh. Buat mushroom soup je. Seriously ni first time beli, yekk tak sedap. Tak nak makan dah -_-

MaleyHalim

Saturday, June 1, 2013

Study jom?

Assalamualaikum

Esok 2 Jun 2013 & mostly pergi daftar ke universiti masing-masing. UiTM Puncak Alam, I'm coming! Kalau dulu jealous tengok kawan-kawan yang dah study sebab rasa macam nak study juga. Tak fair mar tak start study lagi. Bila hari pendaftaran dah nak dekat, seriously rasa seram sangat. Macam; "betul ke esok??" hahaha.

Parents mar pergi umrah so makcik mar yang kat Putrajaya tolong mar pergi daftar esok. Pagi tadi flight dari Terengganu, sampai KLIA dalam pukul 10am+. Tak tahu kenapa mar rasa macam nak pengsan dalam flight, maybe pilot kali ni otai kot. Nak kata tak pernah naik, pernah je. So kali ni mar naik flight sorang-sorang. Adik ; Akim & Mika, stay kat Terengganu. Mar text abang yg 2nd about the flight and he asked "Mu wat gapo kat KL?" . LOL abang tak tau adiknya nak masuk universiti~

Abang bagi nasihat:
1. Lepas masuk bilik, terus study.

Haha terima kasih! Memang menaikkan semangat~

Harap-harap semua berjalan dengan lancar esok. Makcik kata asrama UiTM Puncak Alam atas bukit & maybe mar akan slim. Baguslah~ I've breed so many fat these whole holidays.

P/s : Goodluck kepada semua yang bakal sambung study. Semoga mendapat kejayaan dalan bidang masing-masing.

MaleyHalim

Tuesday, May 28, 2013

Sick of Holiday

Assalamualaikum

My holiday had never been so great or even better. Everyday is just the same & I have nothing to do. I guess SPM holiday is sickening. Why do I have to wait so long to enter university? Ya I know there are many bunch of kids in their 17 and already got theirselves in universities. But what can I do when Im not one of the lucky 17's?

Urm guess what Im doing? Im in my cousin's room, sitting on a chair near to a plug (so that I can get my phone charging) facing a window that have nothing for me to watch. Just greeny leaves of trees and that is kind of boring.

27 May, some of my friends had gone to matriculation and I wish goodluck to all of you. While me getting dumber in a house full of kids with nothing that I can do. Im regretting for not having my novels here in Terengganu. I wish for 1 June because on that day I'll be getting back to Kuala Lumpur, getting my things ready for UiTM.

MaleyHalim

Friday, May 24, 2013

Terbang jom!

Assalamualaikum

Sepatutnya dan sepatut-patutnya mar balik Terengganu hari Khamis, 23 Mei. Tapi ada masalah ngan booking, so tak jadi. Duit beli tiket burn macam tu je. Dah call operator MAS, disebabkan tiket yang family mar booking tu tiket promotion kitorang tak boleh nak tukar ke tarikh lain.

So? Try tengok flight hari jumaat dan sabtu. Tiket untuk hari jumaat mahal berbanding sabtu tapi disebabkan perlu cepat, booking juga hari jumaat. Unfortunately there's a mistake. I dont think that Im going to talk about the problem cuz it may hurt someone. At last, flight delay esok petang.

Mar harap esok semuanya berjalan dengan lancar with no probs. Even hari ni tak buat pape, tapi rasa penat gila yang teramat fuhhh. Everything happen for a reason, and as a muslim, Im learning something. Never take something so easy cuz a little mistake may ruin up ur whole life.

MaleyHalim

Monday, May 13, 2013

Emma: A Story of Love & Betrayal

Emma was fifteen, when all a girl wants at that age is a boyfriend. To know how it felt to love a guy and to be loved. A boyfriend or a girlfriend is not a must. They are just a burden. But that is how this world is, when a mature teenager feel like that have grown up and ready to face what is love. They thought they might end up meeting their soul mate. At their age? It is nonsense.

Emma had been dating Zack for almost two years. She found out it was a waste. Money, words of love, she gave them for someone who she didn't even know wether he is the guy who is meant for her. So Emma left Zack. She said she wanted to focus on her study but actually that reason is not the truth, but also not a lie. Emma met someone new, Albert. Albert is full of suprises, and humor. He made Emma smiled with every single word he said. Soon after, she fell in love with him so bad. Emma always ask herself, will she be happy with Albert? She thought maybe she should give him a chance. So they date for two weeks. They ended so fast. Emma realized that they were in a different way. For Albert, he loves his friends, his bestfriends, and he loves his ex girlfriend. But he likes his present girlfriend. That was ridiculous. How can Emma dated a guy who didn't love her and had someone else on his heart? That is so miserable.

She couldn't accept the truth that she and Albert has end up their relationship. Emma was yearning for Albert's concern. She can't forget him. So they became friends which seemed more like lovers. Emma was sure out of her mind. Dating a guy who didn't love her? That was stupid. Emma found out it was tiresome with Albert. Everyday she need to face with Albert's anger, his curses with none of them because of her fault. People grown up with scars on their heart. Emma tried to have a new fresh start. Albert left her. They had some misunderstanding. Albert is a hot-tempered guy and he just doesn't suit with Emma. So when Albert asked her for a goodbye, she give in.

Albert is the first guy who makes Emma gone crazy just for a short time. Emma thought she may becoming a widow because she was sick with guys. One day, she made a big mistake. Adam, they met for only two months. Emma wasn't sure with her feeling but she said "I love you". She made Adam fell for her, and wanting to grab her heart. Adam never knows how sorry Emma is. She don't want to be known as a playgirl so she treat Adam nicely. Lying him with her fake concern, Emma don't have the guts to return back. She was afraid to hurt him. Adam is a pure soul. He treats everyone with his kind heart and spending his time helping the needs. Emma doesn't want Adam to think that he was being fooled by a cold-hearted woman whom he was in love with.

Time changes everything. Emma starting to be honest with her feeling. She was in love with Adam. But at the time she was appreciating, loving Adam with a full heart; Adam asked her for a goodbye. He said he cannot carry on. Emma realized she had done wrong before but did she deserve this? Adam must have his own reason and she couldn't resist. They both tried to keep in touch, contacting each other but Emma found out something was wrong. Adam started to ignore her text. Then a woman who introduced herself as Adam's bestfriend texted that Emma and Adam were not meant for each other. A text from other woman may be Adam's trick; trying to tell her they have really ended. Did Emma really met a guy with a pure soul? She was mistaken. There are no human with a pure soul and so does Emma. She had hurt a guy and she had been hurt, and hurt again. Emma looks upon her life, karma does exist. A betrayal will be pay with a betrayal.

Author : Marleyna
This story is just an idea that came out from my mind. There's no connection between the dead or alive.

Thursday, May 9, 2013

Driving lesson

Assalamualaikum

Setelah 3 bulan duduk PLKN and it's been almost 1 month staying with my aunts in Kuala Lumpur, hari ni mar start pergi driving lesson yang dah sekian lama tak pergi. Fuhh dahsyat..

Sesi pagi start pukul 8am. Yang pagi ni memang hancur ahhh. Dari gear, brake, handbrake, stereng, clutch ; semua tunggang langgang. Mar sendiri pun jadi frust, cikgu? Confirm lagi frust haiyaaa. Masa ni buat latihan yang naik bukit, 1st try tersekat-sekat la juga tapi lepas lah bukit tu. 2nd and for most, HANCUR. Bila nak gerak balik after dah stop atas bukit tu, enjin mati. Innalillah.. Kebetulan masa tu ada lagi 4 orang student tunggu turn nak belajar parking, so mar ni terpaksa stop daripada buat latihan. Kesian cikgu, kesian student yang lain...

Malu tau tak, macam tak pernah bawa kereta. Nasib baik tak nangis!

Sesi petang start pukul 4pm. Time ni mar tak pakai spek, cikgu tak cam. So dia pun buat tak tau je bila mar ada kat situ. Oh, masa ni mar suruh mak tunggu & tengok mar buat latihan sebabnya mar dah tak ada mood nak ambil lesen. Haha anak yang jahat~ tapi Alhamdulillah, sesi petang ni much better than pagi tadi. Naik bukit okay, parking pun okay. Kalau tersekat cam kura-kura tu takyah cite la. Biasa la tu, orang tak pro kereta manual. *berlagak jap

Isnin minggu depan last day untuk training, and test jpj hari selasa. In shaa Allah, LULUS lah saya ni. Doakan :D

MaleyHalim

Wednesday, May 8, 2013

Bibliophile

Assalamualaikum

Semalam mar pergi Mid Valley ngan abang, beli buku kat MPH. Tapi before pergi MPH, singgah Borders. Tengok-tengok buku kat situ dulu. Kebetulan ada To Kill A Mockingbird & The Lost Symbol so mar beli jela. Kat situ mar tak jumpa novel yang mar nak beli jadi baru pergi MPH. Patutlah abang malas nak pergi MPH sebab agak sedikit jauh, penat jalan~

Masuk je MPH, terus nampak novel karya Mitch Albom kat bahagian Highlights. Mar cadang nak beli Tell Me Your Dreams (Mitch Albom) tapi tak jadi sebab mar dah ada banyak novel Mitch Albom so mar rasa apa kata mar try penulis yang lain pula. Kalau tak mar nak je ambil semua novel yang mar berkenan tapi, tak baik seksa duit abang HAHA. Cadang nak beli Taken (Kelli Maine) tapi tak jadi juga sebab bila dah belek-belek sikit novel tu, macam tak sesuai je (ecehh). Mar tak berapa minat novel-novel cinta sebab agak membosankan, lagi-lagi kalau melayu punya.

Dalam dua jam terperap dalam MPH, tapi mar ambil 2 novel je; Meredith (John Kercher) & My Sister's Keeper (Jodi Picoult). Novel Meredith ni kisah benar, pasal pembunuhan budak perempuan. Kalau nak tengok movie; Amanda Knox Murder on Trial. Agak sedikit dahsyat la. Abang busy tengah cari buku, so mar round kejap dalam MPH. Then sampai kat bahagian phsycology (betul ke eja ni?). Mar jumpa novel karya Malcolm Gladwell antaranya Outliers. Dulu ayah dah belikan mar novel tu. Patutlah mar tak berapa faham, psikologi rupanya. Kena berfikir sikit, & agak memusingkan (baca kena tengok kamus).

Bila tengok banyak gila buku dalam MPH tu rasa macam heaven gila. Kan best kalau rumah tepi MPH, hari-hari boleh pergi. Bau buku yang sangat wangi.... (hiperbola, haha)

After dah beli apa yang patut, round kejap dalam Mid tu. Fuhh berpeluh + dahaga + mengantuk~ Tiba-tiba lalu depan satu kedai ni, warna-warni. Ada jual baju, kasut, aksesori & macam-macam.

Tiba-tiba

abang "nak beli kasut?"
mar "err, takyah la (dalam hati: nakkk)"

Kelakar~ pastu pergi tingkat atas

abang "nak tengok wayang?"
mar "suka hati lah(dalam hati: nak balik, penat)"

Tapi tak masuk wayang pun, sebab tiba-tiba mak call tanya bila nak balik Tanjung Malim. Mar tak pernah masuk wayang.

Mar "dulu girl pernah masuk wayang tak?"
mak "pernah, masa tu baby lagi, ngan pakcik"
Haha mana lah mar nak ingat kalau time baby.

P/s : Sampai sini je, jom baca buku

MaleyHalim

Wednesday, May 1, 2013

Tulis ikut hati

Assalamualaikum

Bila dah tak sekolah ni lain pula cara kita merungut. Bosan duduk rumah, dah tak tahu nak buat apa dengan cuti, duit tak ada nak keluar dengan member & macam-macam lagi. Kalau time sekolah dulu biasalah merungut pasal homework, malas nak belajar or sekolah, kadang-kadang ada problem ngan kawan satu kelas & macam-macam lagi.

But today I have to face the reality that Im already 17 years, 7 month & 8 days old. HAHAHAHA nonsense. Mar lahir tahun 1995, kalau ikut tahun mar ni dah 18. Dah tak sekolah. Walau apa pun, kalau pergi mana-mana, orang akan cakap mar still tak cukup umur. Sebab? Mar lahir bulan 9, kiranya selagi tak lepas bulan 9  mar still lagi 17. Yeah muda lagi.

Sekarang ni memang bosan sangat. Duduk rumah, makan, tidur, tengok tv &  rutin ni berulang setiap hari. Seriously bosan sangat. Harap-harap tak obesiti sebab asyik makan je HAHA. In shaa Allah, normal lagi. Kalau kawan ajak keluar mar excited la juga sebab, siapa je tak nak keluar jalan-jalan? -__-. Tapi biasanya kalau minta izin dari parents memang tak akan dapat. So sekarang ni kalau ada sesiapa ajak keluar mar suruh je diorang call mak. Mak berkuasa yea~

Cadang nak pergi pesta buku sabtu or ahad ni dengan wani tapi tak tahu lagi jadi or tak sebab wani tak call mak mar lagi kahkah, lawak. Em nanti bila dah sambung belajar tak ada la kalau nak keluar pergi kedai sampai call mak yang jauh gila semata-mata nak minta izin kan? Macam dahsyat sangat je..~ 

Dalam post ni tak ada nak specific pasal apa apa pun. Bosan, so main taip je apa yang terlintas dalam otak ni. Harap-harap boleh la nak keluar ngan kawan-kawan even for once. Memang lah nak masuk universiti pun dah tak lama je lagi, boleh hangout ngan kawan bila-bila masa. Tapi kalau dapat universiti yang jauh macam nak 10 marhalah dari kawan sekolah, sejiran, macam mana? Emmm..

P/s: nak keluar~

MaleyHalim

Thursday, April 25, 2013

Pilihan

Assalamualaikum

Sekarang ni semua orang busy tanya pasal UPU, matriks & macam-macam yang ada kaitan dengan sambung belajar. Tadi mar cek matrik & Alhamdulillah mar dapat tawaran ke matrikulasi Perak. Dekat dengan rumah. Tapi tak tahu nak terima atau tak.

Kalau tak terima takut tak dapat offer daripada institusi mana-mana pula. Kan rugi, hancur masa depan~ Tadi mar cek Twitter then ada kawan yang tweet diorang dapat surat dari KPTM. Memandangkan mar duduk dengan mak cik so mar tak tahu apa-apa pasal surat tawaran yang mungkin ada sampai ke rumah. So mar call mak and mak cakap tak ada pun dapat surat dari KPTM. Em, mar pun tak tahu kenapa -.-

Mak cakap keputusan interview MARA akan dapat tahu 16 Mei, tapi tak confirm lah. Mana lah tahu kot kot tersalah info. So kalau 16 kira ok lah sebab matriks kena lapor diri 27 Mei. Kiranya mar ada masa nak pertimbangkan matrikulasi. Kalau tak dapat offer MARA, jawapannya adalah matriks. Tapi, tawaran melalui UPU pun kena tengok juga.

Yang penting sekarang ni adalah pilihan. Mana satu yang terbaik, jawapan solat istikarah haa :)

MaleyHalim

Tuesday, April 23, 2013

Study

Assalamualaikum

Seperti yang kita semua tahu sekarang ni UPU dah boleh cek untuk panggilan temuduga. So ada course yang tak perlu pergi temuduga dan ada juga yang wajib pergi temuduga. Tadi mar cek untuk UiTM & UM. Asasi UiTM still tak boleh nak cek, btw UM mar tak dapat~ Em lagi pun mar memang tak berapa mengharapkan UM. Bukannya senang nak dapat tawaran ke UM, semua orang tahu.

18 April, mar pergi untuk temuduga program ijazah MARA kat Kolej Poly-Tech Bangi. Pelik, memang bukan macam interview langsung. Semua orang perlu buat IQ test & soalan dalam bentuk objektif and there's one essay. Do I have any comment? Em soalan tak susah cuma mengelirukan, pening, dengan masa yang singkat so ada pressure kat situ, paling teruk? Tak faham perkataan english hahahahaha. Bahasa tinggi, serius bukan alasan haha~ before 18, dah ada kawan-kawan yang dah pergi untuk interview MARA so ada advantage lah bagi sesiapa yang dapat panggilan lambat. Memang berterima kasih sangat kat kawan sebab diorang cakap kalau boleh bawa kalkulator sebab ada maths sikit.

IQ test was held in a hall. So semua orang duduk macam nak ambil SPM. Belah kanan mar budak perempuan and dia tak bawa kalkulator. Pegawai dalam dewan tu kata dia boleh pinjam kalkulator mar tapi tak boleh meniru. Yang mar pelik, budak perempuan tu tak minta langsung nak pinjam kalkulator. So mar ada dua andaian. 1st dia genius & tak perlu kalkulator. 2nd dia tak sempat nak jawab soalan maths. Haha prediction~

Buat masa sekarang mar just menganggur kat rumah. Jaga mak cik, belajar masak. Masak memang memenatkan! Huhh

Mar harap sangat IQ test MARA tu mar dapat score. Sebabnya dah tak ada tawaran lain!! Mostly dapat surat dari swasta, mar tak layan. JPA pun mar tak mohon sebab lupa. Aigoo tak taulah apa nak jadi. Mar juga dapat tawaran dari UniKL untuk Foundation of Science and Technology. So benda ni ada dua cabang, science or engineering. Kalau science maksudnya buat medic. Yang sedihnya, mar call orang UniKL & tanya pasal surat tawaran tu. Adakah science or engineering? Jawapannya adalah engineering. I dont wanna be an engineer. Cuz I cant go well with Physics. I hate formula, but I love Add Maths. Pelik kan.

Dulu ayah nasihatkan mar untuk try chartered secretary kat KPTM. So mar tengok bidang tu pun macan terbuka luas, memang banyak peluang. Tapi tak dapat restu mak~ lagipun mar tak yakin kalau benda yang berkaitan ekonomi. Lower form mar ambil KH-Perdagangan, tak pernah dapat A. Biasanya C haha, nasib baik PMR dapat B.

Kat sini mar nak wish goodluck buat semua yang bakal sambung and yang dah pun sedang belajar sekarang ni. Wherever place you study, there are all the same. What makes it diferent? It's your will to success and achieve a good academic results. Percayalah, even belajar kat US, Canada, Australia, Euro or even dalam Malaysia je, tu semua orang tak pandang. Orang tengok sijil, pointer. Itu lah bukti cemerlang or tak study kita. GOODLUCK!! :)

Monday, April 1, 2013

Celoteh saya

Assalamualaikum,

Hari ni kawan mar ada yang pergi PLKN untuk siri yang ke dua. Bye bye semua. Janganlah risau sangat, enjoy je kat sana nanti. Oh btw hari ni 1 April, right? Mar ingat lagi masa form 3, suka sangat buat April Fool. Tapi rupa-rupanya tak baik kalau kita prank demi menyambut April Fool ni, for muslim lah. Other religion tu tak perlu cakap lah.

Dah nak dekat seminggu mar habiskan masa kat hospital sebab jaga mak cik. Kadang-kadang bosan, kadang-kadang enjoy je. Tengok houseman buat kerja. Kat sini kalau nak tengok houseman bolehlah, kalau doktor tu payah. Doktor busy dengan appoinment, surgery, macam macam lagilah. Tapi houseman pun tak apa lah, nanti confirm jadi doktor juga. Ramai houseman kat sini tak berapa nak mesra alam. Susah betul nak senyum, nurse apatah lagi. Haih macam tak ikhlas nak buat kerja. Tak pun sebab dorang anggap dorang doktor, gaji besar, kerja pun bila orang dengar 'saya doktor', komuniti pun rasa kagum. Pi lahhh. U're just a normal human being.

Tak kira jawatan or pangkat, kita semua sama di sisi Allah. Yang membezakan hanya iman... Lagi satu, contohnya orang A tak berapa hebat dalam exam & orang B ni ranking top 10 sokmo. Tak bermakna orang A tu tak pandai. Tak ada istilah 'tak sama level'. Iq kita, sebagai manusia normal, Allah jadikan sama. Kita je yang kena usaha supaya besar nanti iq kita bertambah. Dengan apa? Belajar lah. 'Dah belajar, pulun gila, tapi aku tak pandai juga', tak baik cakap macam tu. Setiap sesuatu ada hikmah. Mungkin Allah nak uji kita, manalah tau bila kita dah berjaya kita lupa Allah. Kita lupa nak doa, solat sunat, mungkin juga bila Allah dah kurniakan kejayaan kita jadi malas nak usaha. Kan kan? Setiap sesuatu ada hikmah tersendiri, jangan risau okay.

'Alah mar, cakap senang ah'. Memang tak dapat dinafikan, cakap je memang senang. Ohoi, dalam dunia ni tak ada apa pun yang senang. Percayalah.....! Haaa. Yang penting kita kena selalu ingat tuhan. For muslims, we have Allah. Allah sukakan hambaNya yang meminta. Minta kat Allah tak apa, jangan dok meminta-minta sedekah dengan manusia sudah. Mar pernah baca satu artikel, Allah tak suka hambaNya miskin@susah@apa apa yang berkaitan. Sebabnya bila kita hidup susah, kita lagi cenderung ke arah maksiat. Maksiat ni besar, bukan setakat zina, tapi macam macam.

Oh btw kadang-kadang kat Fb or Twitter orang post, 'A bukan segala-galanya'. A memang bukan segala-galanya namun A lah permulaan bagi segala-galanya (ayat ni bukan mar reka sendiri, I got this from a counselor). Seriously mar memang terasa sangat sangat dengan orang yang buat statement macam tu. Ye betul, maybe post macam tu buat diri rasa lega (kot). Tapi macam menghina orang yang dah berusaha bersungguh-sungguh, tido 3 4 pagi untuk revision semata-semata nak dapat banyak A. Sebab tu sebagai seorang manusia kita kena selalu bersyukur. Kita kena ingat, Allah aturkan semuanya perfect. Ada hikmah disebalik sesuatu. Kita ni manusia biasa, be open minded, fikirlah jauh jauh. Barulah Islam boleh maju. Orait?

P/s: sekadar peringatan untuk diri sendiri dan mungkin bermanfaat untuk orang lain juga

MaleyHalim

Wednesday, March 27, 2013

Stay up

Assalamualaikum,

Stay up? Kalau dulu kat maktab mar tak pernah stay up untuk buat homework. Ulang kaji apatah lagi, lagi malas tau tak~ Tak boleh dinafikan mar memang banyak buang masa. Sepatutnya before tidur mar boleh gunakan masa yang ada untuk ulang kaji or buat homework. Sadly mar terus landing atas katil sambil dengar mp4 or texting. Okay, I'm a bad student yeaa~

Sekarang mar kat Hospital Kuala Lumpur. Huhh kenapa? Mar sakit? Nope... Mar kat sini sebab tolong jaga mak cik, Cik Rubi, dia sakit. Kat sini a little bit unconvinience lah. Sebabnya dalam wad 15 ni, pelbagai jenis manusia ada. Sakit itu sakit ini. Now I'm looking at my aunt, she already asleep. Well, that's good.

Around 6pm, mak cik mar lapar. Ada ke patut nurse tu tak bagi makan. Haih nak kena nurse nih. So I called my mom, asking for FOOD haha. Meantime mak cik mar memang tak boleh nak duduk diam, because she's very hungry. Yang penting sekali, mak cik mar cuma nak makan nasi, biskut, roti & yang seangkatan dengannya makcik mar tak nak.

Tunggu punya tunggu, it's already 7.30pm so I helped her reciting solat. Then mar pun lapar juga, dari pagi tak makan apa. Just makan Calciyum + vitagen :D.. Mar pun ambil dompet, pergi kedai beli air kotak, roti, cadboury picnic and majalah ujang. Sebenarnya mar tak berapa minat baca majalah tapi, beli jelah.

Around 9pm, barulah mak mar sampai dengan Cik Dah, makcik mar yang lain. Woww, there's so many kind, various type of food. Seriously macam nak picnic dalam hospital. Even nurse pun terkejut haha. Mar memang suka sangat makan Calciyum, sedapppp.. Mak tahu, so mak belikan mar 8 packet calciyum hoho. Mar pelik, betul ke boleh tinggi makan calciyum ni???? Sebab mar rasa macam sama je tinggi dari form 3 dulu. Err -.-

Actually I'm with my aunt, cik rubi, alone. Satu hari ni mar 'duty' jaga mak cik. Kebiasaannya mar jaga dari pagi around 10am sampai 8pm, lepas tu tukar shift ngn mak haha. Tapi hari ni I'm on duty for the whole day yeaa~ Tapi tak apa, enjoy je ^.^

So malam ni mar kena tidur atas kerusi. Urm any tips? I never sleep on a chair before. Maybe mar tak akan tidur malam ni, sebab macam mana nak tidur??? Tak selesa hehe. Orang melayu lah katakan, banyak songeh sikit. Paling penting sekali, malam ni mar akan stay up bertemankan nurse & the doctors.

P/s : Mar nak sangat tengok mak cik mar sihat macam dulu. Kepada sesiapa yang membaca mar harap agar dapat sama-sama mendoakan kesihatan makcik mar ni. Thanks :)

MaleyHalim

Wednesday, March 20, 2013

Few Hours Left

Assalamualaikum,

So hari ni dah 20.3.2013. Lagi beberapa jam, it's going to be 21. Sempena result SPM 2012, banyaklah text message yang mar terima contohnya fasal surah yassin, amanah seorang cikgu@ustaz, sebagai seorang sahabat and macam-macam lagi. For those yang mar tak forward mesej macam tu, mar minta maaf. Bukannya sengaja tak nak forward, tapi dulu mar ada tanya seorang ustazah. Perlu ke kita forward mesej yang ada 'sebagai seorang muslim, forwardlah', 'forward kepada 5 orang sahabat & tengok hasilnya', sebenarnya tak perlu pun. Sebabnya kita dah belajar tentang usaha, doa & tawakal. Lagi pun, kalau setakat hantar mesej hanya nak memenuhi 'syarat' yang tertulis kat situ rasanya tak menjadi juga. Ikhlas tu kena ada. Forwardkan mesej macam tu tak bermakna kita dah ikhlas. Ustaz mar pernah cakap, kita tak akan pernah tahu bilakah seseorang itu ikhlas. Allah sahaja yang tahu. Yang penting, kita selalu saling mendoakan antara satu sama lain dalam ibadah kita, insyaAllah doa kita makbul...

Esok mar tak tahu lagi pukul berapa ayah nak bertolak ke MRSM Pasir Salak. Kalau boleh mar tak nak ambil result tu tapi nak buat macam mana, kena ambil juga haih~ Dup dap dup dap takut sangat. Mar still ingat, malam sebelum exam Biology. I am so damn sleepy at that time. So whatever I did, semuanya tak menjadi. Nak hafal esei? Memang hancur.. Walau apa pun, yang penting sekarang ni adalah doa & tawakal. Tapi bila difikirkan balik, kenapalah mar boleh jadi mengantuk sangat malam tu hurm. Tak baik menyesal~

Mar ngan Wani Fadzil dah plan nak pakai baju kurung untuk esok. Tapi mar rasa majoriti akan pakai baju kurung esok, maklumlah nak ambil result kat sekolah. Such a common thing, tipu kalau someone tu tak tahu nak pakai baju apa.

Malam ni mar cadang nak buat solat sunat tahajud. Minta Allah perlembutkan hati, kurniakan keredhaan & sabar dalam apa jua yang mungkin terjadi esok. InsyaAllah, mar & kawan-kawan semua dapat flying coulurs untuk SPM 2012, amin.. Haaa apa kata semua yang lahir on 1995 sama-sama ringankan badan untuk bangun around 2 or 3am, buat solat sunat tahajud.

p/s : Goodluck to all 2012 SPM candidates :D

MaleyHalim

Monday, March 18, 2013

Oh My Result

Assalamualaikum,

Seperti yang kita tahu, result SPM keluar 21 Mac 2013, hari Khamis. Seluruh Malaysia. Takut, seriously. Wanna know why? Sebabnya mar rasa dulu mar jawab exam main-main. Then, dosa. Banyak sangat dosa. Mar takut sangat-sangat sebab kemungkinan dengan dosa yang ada, balasan turun dengan result yang ehem ehem. Faham-faham jela ehh.

I always pray to Allah so that me and my friends get a good result for SPM. Ada satu hari mar mimpi about mar punya result SPM. Well, mimpi tu kalau boleh mar nak ia bukan hanya sekadar mimpi. Mar doa agar Allah jadikan mimpi tu sebagai satu kenyataan dan bukan hanya sekadar mimpi mainan tidur semata-mata.

There's nothing much I wanna say here, but I hope, result SPM 2012 will be the best than all of these years. InsyaAllah..

p/s : Jangan pernah putus berdoa kepada Allah kerana Allah sukakan hambaNya yang meminta kepadaNya. InsyaAllah setiap doa kita mendapat barakah dan dikabulkan oleh yang Maha Pencipta :)

MaleyHalim

Sunday, March 17, 2013

FIRE

Assalamualaikum,

Kem PLKN Padang Kacong Kumpulan 1 siri 10 2013 just ended :)
Alhamdulillah, majlis penutup berjalan dengan lancar. Even kena berdiri tegak kat padang kawad tu tapi memandangkan it's going to be the last moment for all of us to march, mar agak semangat lah juga hoho.
So, mar terlibat dengan persembahan sajak. Selama  ni mar tak pernah masuk apa-apa event & melibatkan sajak, kat PLKN lah semuanya started. For the 1st time, mar bersajak untuk malam PPSB with my partner, Anas. Then for the 2nd time, masa majlis perasmian penutup together with Aisyah, Ismail & Syafiq.

My poem? It's English. Antara 4 orang, mar je yang kena baca puisi Inggeris. Tajuk sajak, FIRE. Sajak ni lebih menceritakan about keimanan ;


I need fire in my life
They warm me with the blaze
They shine me
And light up my heart

Dear god
Please bring me the fire
For I am in the darkness
Lonely and confusing

As my memories are my worst nightmare
I want the fire to burn
                            all my darkness
So all that I can see
                    is just light
Shining like diamonds

The fire thought me about life
Securing me all nights

Yes, I know
The fire is a barrier
As my soul yearning for it
I pray
                               for the for the fire
To be my everything

Ideas from Syafiq Izzuddin
Edited by Marleyna

Thursday, February 14, 2013

It's 12:29 AM

Assalamualaikum.

Patutnya mar dah kena tidur sekarang ni sebab esok nak balik PLKN. After mar dah balik PLKN, family yang lain akan bertolak ke Perak. Huh tak suka tak suka! I wish to stay longer with my parents. Cuti untuk Chinese New Year lebih kurang seminggu tapi tak rasa pun.

How did I spend my holiday? A little bit wise I guess. 1st day cuti memang bosan lah. 2nd day, stay rumah makcik di Gong Badak. Okaylah. Nasib baik ada kakak saudara yang boleh bawa pergi jalan-jalan. Time petang teman dia pergi rumah sewa, malam pula jalan-jalan sekitar bandar. Banyak lampu warna-warni, BEST.

Kakak saudara mar ni doktor tau. Woaaa. Baru je kerja, dua bulan rasanya. Dia cakap kerja doktor ni agak penat. Ya I can see that, the way she live. Tapi dia cakap kalau betul-betul minat medic insyaAllah no problem punya. Hari tu mar isi borang upu. Main tekan je~ Mar pun tak tahu nak ambil course apa. Rasanya mar nak tunggu matrikulasi je sebab mostly perubatan pihak universiti akan ambil student dari matriks. That is what my sis said, well she's a doctor so she knows better.

Mar selalu doa agar Allah tetapkan hati mar untuk pilih kerjaya yang sesuai. Mar pun tak pasti sama ada doa tu dah terjawab atau belum. Mostly people around me says medic suits me, but i dunno lahh. So mar rasa memang mar akan hidup dalam dunia medic. Please wish me luck :)

Memandangkan lagi beberapa jam nak balik PLKN, mar kenalah online puas-puas hahaha~ oh, btw aktiviti hardcore macam flying fox & menembak akan start after cuti ni. Tak sabarnya! Jangan jealous :)

P/s: emmmmm.....

MaleyHalim

Saturday, February 9, 2013

Positive Attitude

Assalamualaikum,

Hari ni mar nak share about modul pembelajaran kat PLKN :)

1st modul - Pembinaan Karakter (PK)
Dalam setiap modul pelatih dibahagikan kepada beberapa kelas, so mar kelas PK4. At 1st, awkward sebab tak kenal sorang pun manusia dalam kelas tu. Then, cikgu yang in charge ada dalam 3 orang, Cikgu Za, Cikgu Ika & Cikgu Kamal (cikgu yang paling BEST). Dalam kelas tu pula, pelatih semua akan dibahagikan kepada 6 kumpulan and mar tak akan terlepas lah. Mar kumpulan 5 (kot, tak ingat dah~). Dalam kumpulan mar ada Dini, Wani, Opie, Ira, Yen, Jemi, Tengku, Aslam, Muharram, Mad.. ada lagi, mar tak ingat nama (teruknya~). So our group is SMILEY :) Melalui kumpulan ni, kami semua akan bekerjasama dalam menyiapkan tugasan. Kitorang main pas-pas bola, bina kapal terbang & macam2 lagi. Aktiviti paling best mar dengan ahli kumpulan SMILEY, bina kapal terbang. I guess disebabkan aktiviti ni mar start communicate dengan semua ahli. Before ni memang cengkerik ahh. 

Aktiviti bina kapal terbang is the last for me being in SMILEY. After SMILEY, mar masuk kumpulan baru, FOREVER UNITED! So I got the chance to know more people. Biasanya bila kelas dah nak habis, Cikgu Kamal akan minta volunteer daripada pelatih untuk berkongsi ilmu kat depan. Mar pun taktau apa yang tak kena hari tu, mostly pelatih lelaki sebut nama mar *frustrated jap~. Mar admit memang before ni mar nak sangat bangun and berdiri kat depan kelas tu, share apa yang ada dalam mind ni but I don't have the guts for it. Tapi hari tu, HARI TU, mar rasa tercabar la juga sebab pelatih laki semua sebut nama mar. So mar bangun and share my story :)

Kat sini mar rasa, dengan menghadiri PLKN, I was thought to be more open minded, braver to speak out what is inside of my mind & yang paling penting, keyakinan. PLKN thought me more about the importance of ATTITUDE :)

2nd modul - Budaya Kerja (BK)
Modul ni lebih kepada pembelajaran etika kerja. Class ni dah start membosankan -.-

3rd modul - PKRS
Mar tak ingat full name untuk modul ni. Tapi ada fasal reproduktif & sosial. Ada belajar fasal pembuangan bayi & gejala-gejala yang tak sihat ahh. 

4th modul - Kenegaraan
Dalam modul ni, nama-nama kelas diambil daripada nama tokoh-tokoh tanah air. Mar dalam kelas MAT KILAU. Hari 1st, kami semua ada aktiviti Perisai Zaman. Macam explorace, wuuhhh penat! Tapi best, banyak input :) Aktiviti ni menguji kerjasama, semangat berpasukan & memang tak boleh nak describe ahh.

2nd day, dalam kelas pelatih dibahagikan kepada 4 kumpulan. Emm bosan sebenarnya hahaha

Conclusion :)

Kelas yang paling mar suka : Pembinaan Karakter
Kenapa? Sebab aktiviti dalam kelas ni best, tak ada yang perlu peningkan kepala & santai je. By the way, sebab ada Cikgu Kamal yang sporting  & comel sangat :D


MaleyHalim

Friday, February 8, 2013

Holiday :)

Assalamualaikum,

Waaah dah lama tak update post and now I've got the chance for it. So, ke mana mar menghilang? For about 1 month emm. PLKN lahh. Sekarang ni cuti Tahun Baru Cina, dalam seminggu.

Banyak story, event, and macam-macam yang mar dapat bila pergi PLKN. Hari pertama, memang awkward gila~ Nak speaking Terengganu pun gagap-gagap je. Nasib baik jumpa juga yang senasib, so kawan lah. Jadual dari pagi sampai petang memang pack. Malam biasanya tiada event pun, just kadang-kadang ada ceramah. Biasanya rollcall jelah. Hidup kat PLKN ni lebih kurang sama je macam kat maktab dulu so mar pun okay jela kot hidup kat situ.

Kat PLKN ni ada pembahagian kelas. Seriously, macam tadika -.- memang tak sah kalau tak mengantuk. Waktu susah di PLKN? Emm ada ke? Ada kot, tapi tak susah mana pun, sakit pinggang~ macam orang tua pula. Maybe penat berkawad kot. Bangun  tidur, tau-tau dah sakit. After 4 hari, pergi medic, then dapat ubat sapu. Woaaaah panas gila ubat tu. One day, mar ingatkan sakit tu dah hilang. So time petang mar join kawad. Cikgu ada cakap siapa yang sakit boleh keluar baris tapi dengan yakinnya mar stay je dalam baris. Haih habis kawad memang tempang ah. Nasib baik tak tercabut pinggang ni. Sekarang ni pun mar tak confirm sakit kat pinggang ni dah okay or tak sebab dah lama tak kawad. Lama ke? Tak ada lah lama mana.

Before datang PLKN mar sediakan banyak baju kurung sebab mar ingatkan malam-malam kena pakai baju kurung but I was totally wrong. Ada satu malam, ceramah Maulidur Rasul, ustaz dari luar yang datang so mar cam semangat sikit nak pakai baju kurung. Memang mostly malam tu pelatih perempuan pakai baju kurung. Disebabkan malam tu mar pakai baju kurung, esoknya, 1st time pelatih lelaki puji mar cantik~ Sumpah segan.

By the way, mar pakai spek yang old school. Besar gila. Kadang-kadang orang akan tanya, "spek ada power tak?" lawak atan. Mar ni bukanlah kaya mana nak beli spek buat pakai main-main. Mar ni tak rabun tau, silau je. SILAU.  Rabun tu ada sebenarnya, tapi sikit sangat-sangat. Even silau mar ni pun sikit je, I was advised to wear a spectacle by a doctor. hehhh~ Kalau tak pakai mar boleh migraine. So before migraine, it's better for me to wear a spectacle :)

Kepada semua rakyat di Malaysia, jangan lah pandai-pandai buat andaian sendiri. Kalau tak tahu sesuatu perkara, bertanyalah sebelum anda ditanyakan. Perempuan yang pakai spek besar tak bermakna dia freehair, kalau korang memandai buat conclusion sendiri, korang sedang membuat fitnah sebenarnya. Kalau someone pakai spek besar, tak bermakna dia menunjuk-nunjuk, saja, tak rabun tapi gedik nak pakai juga. Tanyalah dulu, eh? Benda ni jadi kat mar, I'm soooo SAD. Terguris-guris dah hati ni -.-

p/s: Happy Chinese New Year

MaleyHalim