Assalamualaikum,
So hari ni dah 20.3.2013. Lagi beberapa jam, it's going to be 21. Sempena result SPM 2012, banyaklah text message yang mar terima contohnya fasal surah yassin, amanah seorang cikgu@ustaz, sebagai seorang sahabat and macam-macam lagi. For those yang mar tak forward mesej macam tu, mar minta maaf. Bukannya sengaja tak nak forward, tapi dulu mar ada tanya seorang ustazah. Perlu ke kita forward mesej yang ada 'sebagai seorang muslim, forwardlah', 'forward kepada 5 orang sahabat & tengok hasilnya', sebenarnya tak perlu pun. Sebabnya kita dah belajar tentang usaha, doa & tawakal. Lagi pun, kalau setakat hantar mesej hanya nak memenuhi 'syarat' yang tertulis kat situ rasanya tak menjadi juga. Ikhlas tu kena ada. Forwardkan mesej macam tu tak bermakna kita dah ikhlas. Ustaz mar pernah cakap, kita tak akan pernah tahu bilakah seseorang itu ikhlas. Allah sahaja yang tahu. Yang penting, kita selalu saling mendoakan antara satu sama lain dalam ibadah kita, insyaAllah doa kita makbul...
Esok mar tak tahu lagi pukul berapa ayah nak bertolak ke MRSM Pasir Salak. Kalau boleh mar tak nak ambil result tu tapi nak buat macam mana, kena ambil juga haih~ Dup dap dup dap takut sangat. Mar still ingat, malam sebelum exam Biology. I am so damn sleepy at that time. So whatever I did, semuanya tak menjadi. Nak hafal esei? Memang hancur.. Walau apa pun, yang penting sekarang ni adalah doa & tawakal. Tapi bila difikirkan balik, kenapalah mar boleh jadi mengantuk sangat malam tu hurm. Tak baik menyesal~
Mar ngan Wani Fadzil dah plan nak pakai baju kurung untuk esok. Tapi mar rasa majoriti akan pakai baju kurung esok, maklumlah nak ambil result kat sekolah. Such a common thing, tipu kalau someone tu tak tahu nak pakai baju apa.
Malam ni mar cadang nak buat solat sunat tahajud. Minta Allah perlembutkan hati, kurniakan keredhaan & sabar dalam apa jua yang mungkin terjadi esok. InsyaAllah, mar & kawan-kawan semua dapat flying coulurs untuk SPM 2012, amin.. Haaa apa kata semua yang lahir on 1995 sama-sama ringankan badan untuk bangun around 2 or 3am, buat solat sunat tahajud.
p/s : Goodluck to all 2012 SPM candidates :D
MaleyHalim
No comments:
Post a Comment