Thanks :)

Wednesday, March 27, 2013

Stay up

Assalamualaikum,

Stay up? Kalau dulu kat maktab mar tak pernah stay up untuk buat homework. Ulang kaji apatah lagi, lagi malas tau tak~ Tak boleh dinafikan mar memang banyak buang masa. Sepatutnya before tidur mar boleh gunakan masa yang ada untuk ulang kaji or buat homework. Sadly mar terus landing atas katil sambil dengar mp4 or texting. Okay, I'm a bad student yeaa~

Sekarang mar kat Hospital Kuala Lumpur. Huhh kenapa? Mar sakit? Nope... Mar kat sini sebab tolong jaga mak cik, Cik Rubi, dia sakit. Kat sini a little bit unconvinience lah. Sebabnya dalam wad 15 ni, pelbagai jenis manusia ada. Sakit itu sakit ini. Now I'm looking at my aunt, she already asleep. Well, that's good.

Around 6pm, mak cik mar lapar. Ada ke patut nurse tu tak bagi makan. Haih nak kena nurse nih. So I called my mom, asking for FOOD haha. Meantime mak cik mar memang tak boleh nak duduk diam, because she's very hungry. Yang penting sekali, mak cik mar cuma nak makan nasi, biskut, roti & yang seangkatan dengannya makcik mar tak nak.

Tunggu punya tunggu, it's already 7.30pm so I helped her reciting solat. Then mar pun lapar juga, dari pagi tak makan apa. Just makan Calciyum + vitagen :D.. Mar pun ambil dompet, pergi kedai beli air kotak, roti, cadboury picnic and majalah ujang. Sebenarnya mar tak berapa minat baca majalah tapi, beli jelah.

Around 9pm, barulah mak mar sampai dengan Cik Dah, makcik mar yang lain. Woww, there's so many kind, various type of food. Seriously macam nak picnic dalam hospital. Even nurse pun terkejut haha. Mar memang suka sangat makan Calciyum, sedapppp.. Mak tahu, so mak belikan mar 8 packet calciyum hoho. Mar pelik, betul ke boleh tinggi makan calciyum ni???? Sebab mar rasa macam sama je tinggi dari form 3 dulu. Err -.-

Actually I'm with my aunt, cik rubi, alone. Satu hari ni mar 'duty' jaga mak cik. Kebiasaannya mar jaga dari pagi around 10am sampai 8pm, lepas tu tukar shift ngn mak haha. Tapi hari ni I'm on duty for the whole day yeaa~ Tapi tak apa, enjoy je ^.^

So malam ni mar kena tidur atas kerusi. Urm any tips? I never sleep on a chair before. Maybe mar tak akan tidur malam ni, sebab macam mana nak tidur??? Tak selesa hehe. Orang melayu lah katakan, banyak songeh sikit. Paling penting sekali, malam ni mar akan stay up bertemankan nurse & the doctors.

P/s : Mar nak sangat tengok mak cik mar sihat macam dulu. Kepada sesiapa yang membaca mar harap agar dapat sama-sama mendoakan kesihatan makcik mar ni. Thanks :)

MaleyHalim

Wednesday, March 20, 2013

Few Hours Left

Assalamualaikum,

So hari ni dah 20.3.2013. Lagi beberapa jam, it's going to be 21. Sempena result SPM 2012, banyaklah text message yang mar terima contohnya fasal surah yassin, amanah seorang cikgu@ustaz, sebagai seorang sahabat and macam-macam lagi. For those yang mar tak forward mesej macam tu, mar minta maaf. Bukannya sengaja tak nak forward, tapi dulu mar ada tanya seorang ustazah. Perlu ke kita forward mesej yang ada 'sebagai seorang muslim, forwardlah', 'forward kepada 5 orang sahabat & tengok hasilnya', sebenarnya tak perlu pun. Sebabnya kita dah belajar tentang usaha, doa & tawakal. Lagi pun, kalau setakat hantar mesej hanya nak memenuhi 'syarat' yang tertulis kat situ rasanya tak menjadi juga. Ikhlas tu kena ada. Forwardkan mesej macam tu tak bermakna kita dah ikhlas. Ustaz mar pernah cakap, kita tak akan pernah tahu bilakah seseorang itu ikhlas. Allah sahaja yang tahu. Yang penting, kita selalu saling mendoakan antara satu sama lain dalam ibadah kita, insyaAllah doa kita makbul...

Esok mar tak tahu lagi pukul berapa ayah nak bertolak ke MRSM Pasir Salak. Kalau boleh mar tak nak ambil result tu tapi nak buat macam mana, kena ambil juga haih~ Dup dap dup dap takut sangat. Mar still ingat, malam sebelum exam Biology. I am so damn sleepy at that time. So whatever I did, semuanya tak menjadi. Nak hafal esei? Memang hancur.. Walau apa pun, yang penting sekarang ni adalah doa & tawakal. Tapi bila difikirkan balik, kenapalah mar boleh jadi mengantuk sangat malam tu hurm. Tak baik menyesal~

Mar ngan Wani Fadzil dah plan nak pakai baju kurung untuk esok. Tapi mar rasa majoriti akan pakai baju kurung esok, maklumlah nak ambil result kat sekolah. Such a common thing, tipu kalau someone tu tak tahu nak pakai baju apa.

Malam ni mar cadang nak buat solat sunat tahajud. Minta Allah perlembutkan hati, kurniakan keredhaan & sabar dalam apa jua yang mungkin terjadi esok. InsyaAllah, mar & kawan-kawan semua dapat flying coulurs untuk SPM 2012, amin.. Haaa apa kata semua yang lahir on 1995 sama-sama ringankan badan untuk bangun around 2 or 3am, buat solat sunat tahajud.

p/s : Goodluck to all 2012 SPM candidates :D

MaleyHalim

Monday, March 18, 2013

Oh My Result

Assalamualaikum,

Seperti yang kita tahu, result SPM keluar 21 Mac 2013, hari Khamis. Seluruh Malaysia. Takut, seriously. Wanna know why? Sebabnya mar rasa dulu mar jawab exam main-main. Then, dosa. Banyak sangat dosa. Mar takut sangat-sangat sebab kemungkinan dengan dosa yang ada, balasan turun dengan result yang ehem ehem. Faham-faham jela ehh.

I always pray to Allah so that me and my friends get a good result for SPM. Ada satu hari mar mimpi about mar punya result SPM. Well, mimpi tu kalau boleh mar nak ia bukan hanya sekadar mimpi. Mar doa agar Allah jadikan mimpi tu sebagai satu kenyataan dan bukan hanya sekadar mimpi mainan tidur semata-mata.

There's nothing much I wanna say here, but I hope, result SPM 2012 will be the best than all of these years. InsyaAllah..

p/s : Jangan pernah putus berdoa kepada Allah kerana Allah sukakan hambaNya yang meminta kepadaNya. InsyaAllah setiap doa kita mendapat barakah dan dikabulkan oleh yang Maha Pencipta :)

MaleyHalim

Sunday, March 17, 2013

FIRE

Assalamualaikum,

Kem PLKN Padang Kacong Kumpulan 1 siri 10 2013 just ended :)
Alhamdulillah, majlis penutup berjalan dengan lancar. Even kena berdiri tegak kat padang kawad tu tapi memandangkan it's going to be the last moment for all of us to march, mar agak semangat lah juga hoho.
So, mar terlibat dengan persembahan sajak. Selama  ni mar tak pernah masuk apa-apa event & melibatkan sajak, kat PLKN lah semuanya started. For the 1st time, mar bersajak untuk malam PPSB with my partner, Anas. Then for the 2nd time, masa majlis perasmian penutup together with Aisyah, Ismail & Syafiq.

My poem? It's English. Antara 4 orang, mar je yang kena baca puisi Inggeris. Tajuk sajak, FIRE. Sajak ni lebih menceritakan about keimanan ;


I need fire in my life
They warm me with the blaze
They shine me
And light up my heart

Dear god
Please bring me the fire
For I am in the darkness
Lonely and confusing

As my memories are my worst nightmare
I want the fire to burn
                            all my darkness
So all that I can see
                    is just light
Shining like diamonds

The fire thought me about life
Securing me all nights

Yes, I know
The fire is a barrier
As my soul yearning for it
I pray
                               for the for the fire
To be my everything

Ideas from Syafiq Izzuddin
Edited by Marleyna