Thanks :)

Monday, December 31, 2012

Last day of 2012

Assalamualaikum,

Dah lama mar tak update blog (yeke?). Tak tahu nak share apa. There's nothing interesting with my life. Duduk je rumah, tak pergi mana-mana pun. Hari tu cadang nak jumpa Fatin & Farzana kat tasik tapi tak jadi pun. Something came up, lagi pun petang tu hujan. Macam mana nak jalan-jalan kalau hujan. Payung? Tak best.

Tadi pukul 8 am mar ada kelas memandu. Macam biasa, 1 jam je. Tadi cikgu minta mar drive dari office pergi Kota Malim Prima, makan angin kejap, lepas tu drive kat jalan besar. Cikgu cakap la, takyah takut drive kat jalan besar, sama je macam kat taman perumahan. Sebenarnya tadi tu bukan 1st time mar drive kat jalan besar. Before ni ayah pernah suruh mar drive sampai Proton City, 2x round = 2 jam (ada persamaan lagi). Itu okay lagi kot. Yang tak tahannya dengan lesen L time tu tak dapat lagi, tampal pula P kat belakang kereta haha (abang punya pelekat). Over je, nasib baik tiada polis. Bawa pula kereta auto, memang laju lah. Tekan minyak sikit je, dah lajak ke depan. Ayah cakap kena practice drive tak lebih 40km/j, so pelan jela kereta tu gerak. Ayah boleh tertidur lagi time mar drive tu, bahaya sungguh.

Next class Rabu ni pukul 8am juga. Cikgu cakap dia nak mar practice drive kat jalan A, B & C. InsyaAllah boleh.

Petang ni maybe ada reunion 3RK 2010 kat tasik. Tapi macam tak confirm je. Tapelah, kita pergi je, siapa tak datang tak boleh makan KFC haha. Kali ni semua kena bawa makanan sendiri. Jimat sikit daripada duduk kat kedai, pesan makanan. Kalau bawa makanan masing-masing, kira sedekah la juga, dapat pahala. Mar maybe bawa KFC, tak janji. Kalau tak sempat mar grab jela packet cloud9 ke kat kedai tu haha.

Hari ni hari last untuk 2012. Pagi tadi mar dengar radio ERA. Slot JoHaRa, diorang baca post kat FB. Ada someone ni dia post sempena hari last 2012 ni dia nak tidur je. Dia tak pernah tidur lama so dia nak merasa tidur lama hari ini. Gila apa. Nampak sangat pemalas. Kalau ye pun pergilah buat benda lain. Nikmatilah hari terakhir 2012 ni. Mulakan azam baru sempena tahun baru yang tak berapa lama lagi nak menjelma (macam nak sambut raya je). 

Kalau dulu, hari ni mar akan get ready semua barang sebab nak balik maktab. Just one thing, homework. Homework cuti mana pernah nak langsai haha. Tapi sekarang tak dah. Get ready barang nak pergi PLKN pula. Upgrade sikit. Betullah apa yang pernah mar dengar dari student-student kat universiti dulu, bila dah besar kita akan rasa macam nak pergi sekolah balik.

p/s : Have fun learning in school kids, fill up your book of memories.

MaleyHalim

Friday, December 21, 2012

Pon! Pon!

Assalamualaikum,
What's new today?
Mar baru je balik rumah daripada buat driving test ni. Wooaaa teruja :DD Rasa macam nak lagi haha. Mar ingatkan belajar kereta auto sebab mak selalu cakap belajar auto la senang sikit. Rupanya tadi gear manual je. Huuu agak penatlah juga dengan gear manual ni.

Tempat belajar memandu tu tak jauh pun dengan taman perumahan mar. Memang kalau belajar driving kat situ, akan test drive kat taman perumahan rumah mar ni pun. Nasib baik yang tolong mengajar mar tadi orang Melayu. Kalau tak agak sedikit takut la juga.

Esok cikgu tu cakap belajar parking then jalan a b c lah. Apa benda pun tak faham apa dia cakap haha. Jadual belajar mar ni agak sedikit unik berbanding orang lain. Haa nak tahu kenapa? Mar tak attend langsung kursus yang berjam-jam tu.

Best kan? Ceritanya macam ni. Tahun depan mar kena pergi PLKN. Ayah takut kalau mar belajar driving sekarang, tak sempat habis sampai hari nak pergi PLKN tu. So, ayah pun tanyalah Mam Besar kat 'sekolah memandu' tu, boleh tak kalau cepatkan proses ambil lesen. Jadinya macam ni lah. No kursus at all!

1st daftar, esok terus mar attend test komputer. Seminggu tunggu dapat lesen L. Dua hari after dapat L, terus buat test kereta. Fast track kottt hahaha~

Sampai sini jela. Nak teman mak pergi TF :)

MaleyHalim

Wednesday, December 19, 2012

PLKN 2013

Assalamualaikum,

Dalam post before ni Mar ada sebut pasal PLKN kan? Semalam mar on Facebook, then ada kawan mar yang sorang ni dapat PLKN juga. Dia ada post, kalau nak cek penempatan PLKN pergi kat site ni. Okay, yang tu memang mar tau. Kat site tu nanti ada tiga button, cetak, muat turun npp and lagi 1 mar tak igt apa. Before ni mar just cetak and ignore je button yang lagi dua tu. Rupa-rupanya kawan mar cakap lagi, segala jenis borang PLKN kena download, so memang kena tekan lagi dua button yang mar ignore tu. Pergh..... banyak gila borang dia. Tunggu-tunggu kat rumah, ingatkan postman datang hantar surat kat rumah. Rupanya kena download kat internet.

Then mar bacalah barang-barang yang boleh bawa and barang apa yang tak boleh bawa. Agak sedihlah juga. Nak tahu apa dia? Tanya lah hahaha. Pastu mar tersalah baca. Ada tulis kat situ barang yang akan pihak JLKN sediakan untuk peserta. Mar baca perseta dikehendaki bawa pengilat kasut. So mar punya la annoyed. Nak kita pergi PLKN tapi benda camtu kita yang kena sediakan. Rupanya tak.... JLKN yang sediakan. Haha malu~

Even bila baca borang depa yang banyak tu, rasa macam menyusahkan la juga. Kena buat check up la, gambar passpaort lah. Tapi mar tertarik dengan satu borang ni. Borang kebenaran menggunakan senjata colt m16. Woaaaah... Pistol kott *teruja.



By the way, nanti dapat elaun kat PLKN, RM 150. Agak mewah la juga. Boleh outing ke bila duduk kat PLKN. Rasanya tak emm?

Sampai sini jela :)

MaleyHalim

Monday, December 17, 2012

Sharing something :)

Adakah Istilah 'Ringan-Ringan' Dalam Dosa? | iluvislam.com discover the beauty of islam

Kumbang dan Bunga | iluvislam.com discover the beauty of islam

I was bored so I went to iluvislam.com finding something to read. I found something interesting, really.

P/s : to all muslims

MaleyHalim

LONELY

Assalamualaikum,

Haih. Sekarang tengah duduk sorang sorang dalam bilik, kebosanan. Nobody text me. Dah text pun tade reply.

Bila bosan, macam macam datang serang kepala kita. Buat itu buat ini. What's disturbing me? "Mar, active kan twitter tu. Cepat!" memang bisikan syaitan betul. TAK BOLEH TAK BOLEH! Nak tau kenapa? Em, demi menjamin kebahagiaan hidup Mar perlu deactive kan twitter.

I think I have hurting somebody too much and for that I'm sorry.

Orang tu selalu cakap Mar ni degil =='
Em yela kot. SORRY...
I wish YOU are reading this. I have no guts to contact YOU because I admit that I'm too afraid. I'm afraid of hurting YOU even more and deeper. I'm sorry. Maybe YOU can't accept my apology, but that is all that I can do.
Question : bila someone tu fed up dengan kita, berani ke kita nak contact dia?

MaleyHalim

P/s : I'm sure pasti ramai yang tak akan faham post ni. Haha

Scar

I hate scar the most
They are created
By deep wounds or even just a scratch
There is one scar which I'm afraid of
Its in the heart
It may just a scracth
But very painful
It bleeds and hurts so much
They will never be cured
Day by day, its getting better
But with just a word
It can bleed again

Maleyhalim

Coretan pagi Isnin

Assalamualaikum,

I guess there are two weeks left before new year. Cuti bulan 12 ni, kalau masa kita tengah belajar dalam kelas, "Tak sabarnya nak cuti sekolah!", kan? Tapi bila dah cuti, "Tak sabarnya nak pergi sekolah", kan kan kan? Jangan tipu~

So how is your holiday? Mine? Biasa je kot. Nothing special I guess. Tahun ni I'm 17, tahun depan tak pergi sekolah dah. Em, Skim Pelajar Cemerlang (SPC) tak dapat. Agak frustrated la juga (sangat sangat frust sebenarnya). Tapi nak buat macam mana, rezeki di tangan Allah ;)

December 9, I went to Bandung. Tiba-tiba je ayah ajak, sebagai anak, kita tade duit, so Mar okay jela haha.

Fly to the higher sky with AirAsia :)

Apa yang menarik kat Bandung? Yang paling Mar suka, pokok kat situ. Besar besar belaka..

Ini pokok kat depan Hotel Kedaton

Kebun Binatang, Bandung : ...



Kalau kat Malaysia, kita panggil 'Zoo' tapi kat Bandung, Zoo = Kebun Binatang :)
Bagi Mar Zoo kat situ best sebab SEJUK. Tak macam Malaysia, mana-mana pun sama je~
Another thing, ada something yang paling special di Bandung, it's Tangkuban Perahu. Kat situ ada kawah gunung berapi. Ada yang dah tak aktif, tapi still ada yang aktif. Kat situ, pelancong boleh rebus telur, dan makan. Yummy! haha






Nak pergi kat kawah tu bukan senang.. 1st, naik bukit guna kereta. Kalau pelancong mestilah nak tengok pemandangan sekitar kan? So, kena turun bukit dengan berapa puluh ratus ribu anak tangga pun tak tahu (tak terfikir pun nak kira). Penat, tapi best sebab hasilnya memuaskan :) I went to Bandung for about 1 week and now I'm back in Malaysia. After ni kena get ready untuk test kereta (wow!). Bila dah busy ngn test kereta mestilah tak terasa sangat dengan cuti kan? Tut tut, bulan Januari. 5th January, maybe ada kawan-kawan yang still bersenang-lenang kat rumah, makan tidur je tapi ada juga yang dah pergi universiti (fast track kan, tahniah). How about me? I AM GOING TO PUSAT LATIHAN KHIDMAT NEGARA lahhh.

Tak sangka kat hometown sendiri (balik kampung la nampaknya)

Maleyhalim

p/s : Have a nice holiday

Sunday, December 16, 2012

New start

Assalamualaikum,

Macam mana nak start eh? Dah lama tak blogging. Em dulu Mar ada blog, tapi dah delete haha. Rasa menyesal pula. Tape blogger tak akan pernah hilang di Google :)

Okay, please support me with my new blog. I may not going to cheer you up by posting my words, but I hope some may be useful to you.

Maleyhalim