Dah lama mar tak update blog (yeke?). Tak tahu nak share apa. There's nothing interesting with my life. Duduk je rumah, tak pergi mana-mana pun. Hari tu cadang nak jumpa Fatin & Farzana kat tasik tapi tak jadi pun. Something came up, lagi pun petang tu hujan. Macam mana nak jalan-jalan kalau hujan. Payung? Tak best.
Tadi pukul 8 am mar ada kelas memandu. Macam biasa, 1 jam je. Tadi cikgu minta mar drive dari office pergi Kota Malim Prima, makan angin kejap, lepas tu drive kat jalan besar. Cikgu cakap la, takyah takut drive kat jalan besar, sama je macam kat taman perumahan. Sebenarnya tadi tu bukan 1st time mar drive kat jalan besar. Before ni ayah pernah suruh mar drive sampai Proton City, 2x round = 2 jam (ada persamaan lagi). Itu okay lagi kot. Yang tak tahannya dengan lesen L time tu tak dapat lagi, tampal pula P kat belakang kereta haha (abang punya pelekat). Over je, nasib baik tiada polis. Bawa pula kereta auto, memang laju lah. Tekan minyak sikit je, dah lajak ke depan. Ayah cakap kena practice drive tak lebih 40km/j, so pelan jela kereta tu gerak. Ayah boleh tertidur lagi time mar drive tu, bahaya sungguh.
Next class Rabu ni pukul 8am juga. Cikgu cakap dia nak mar practice drive kat jalan A, B & C. InsyaAllah boleh.
Petang ni maybe ada reunion 3RK 2010 kat tasik. Tapi macam tak confirm je. Tapelah, kita pergi je, siapa tak datang tak boleh makan KFC haha. Kali ni semua kena bawa makanan sendiri. Jimat sikit daripada duduk kat kedai, pesan makanan. Kalau bawa makanan masing-masing, kira sedekah la juga, dapat pahala. Mar maybe bawa KFC, tak janji. Kalau tak sempat mar grab jela packet cloud9 ke kat kedai tu haha.
Hari ni hari last untuk 2012. Pagi tadi mar dengar radio ERA. Slot JoHaRa, diorang baca post kat FB. Ada someone ni dia post sempena hari last 2012 ni dia nak tidur je. Dia tak pernah tidur lama so dia nak merasa tidur lama hari ini. Gila apa. Nampak sangat pemalas. Kalau ye pun pergilah buat benda lain. Nikmatilah hari terakhir 2012 ni. Mulakan azam baru sempena tahun baru yang tak berapa lama lagi nak menjelma (macam nak sambut raya je).
Kalau dulu, hari ni mar akan get ready semua barang sebab nak balik maktab. Just one thing, homework. Homework cuti mana pernah nak langsai haha. Tapi sekarang tak dah. Get ready barang nak pergi PLKN pula. Upgrade sikit. Betullah apa yang pernah mar dengar dari student-student kat universiti dulu, bila dah besar kita akan rasa macam nak pergi sekolah balik.
p/s : Have fun learning in school kids, fill up your book of memories.
MaleyHalim
No comments:
Post a Comment