Assalamualaikum,
What's new today?
Mar baru je balik rumah daripada buat driving test ni. Wooaaa teruja :DD Rasa macam nak lagi haha. Mar ingatkan belajar kereta auto sebab mak selalu cakap belajar auto la senang sikit. Rupanya tadi gear manual je. Huuu agak penatlah juga dengan gear manual ni.
Tempat belajar memandu tu tak jauh pun dengan taman perumahan mar. Memang kalau belajar driving kat situ, akan test drive kat taman perumahan rumah mar ni pun. Nasib baik yang tolong mengajar mar tadi orang Melayu. Kalau tak agak sedikit takut la juga.
Esok cikgu tu cakap belajar parking then jalan a b c lah. Apa benda pun tak faham apa dia cakap haha. Jadual belajar mar ni agak sedikit unik berbanding orang lain. Haa nak tahu kenapa? Mar tak attend langsung kursus yang berjam-jam tu.
Best kan? Ceritanya macam ni. Tahun depan mar kena pergi PLKN. Ayah takut kalau mar belajar driving sekarang, tak sempat habis sampai hari nak pergi PLKN tu. So, ayah pun tanyalah Mam Besar kat 'sekolah memandu' tu, boleh tak kalau cepatkan proses ambil lesen. Jadinya macam ni lah. No kursus at all!
1st daftar, esok terus mar attend test komputer. Seminggu tunggu dapat lesen L. Dua hari after dapat L, terus buat test kereta. Fast track kottt hahaha~
Sampai sini jela. Nak teman mak pergi TF :)
MaleyHalim
No comments:
Post a Comment